KOTA BAHARU, 17 Ogos -- Sekumpulan warga emas berusia 80-an akan
menyambut ketibaan rombongan 149 anggota Kembara Merdeka diketuai
Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi di Tok Bali,
Bachok Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Mohd Nasir Salleh berkata
mereka terdiri daripada warga tua yang melihat sendiri penderitaan
hidup Tentera Berikat dalam mempertahankan negara daripada serangan
tentera Jepun.
"Ada di kalangan mereka yang pernah menjadi buruh paksa di Burma
ketika penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941," katanya pada
sidang akhbar di pejabatnya di sini.
Mohd Nasir berkata sebanyak 49 bendera Jalur Gemilang diarak
menyambut ketibaan rombongan itu yang turut diserikan dengan pelbagai
persembahan kebudayaan termasuk dikir barat dan bacaan sajak
patriotik.
Beliau berkata rombongan itu akan singgah di bandar Bachok, iaitu
bandar yang dianggap "mati" tetapi indah dengan pemandangan pantai
yang bersih dan cantik.
"Dari Bachok, rombongan itu akan berarak melalui jalan kampung ke
Kampung Raja Jembal (Kedai Lalat) sebelum ke Kota Baharu," katanya.
Pada Ahad, rombongan itu akan bertolak ke Grik, Perak melalui Pasir
Mas, Tanah Merah dan Jeli dengan disambut meriah oleh beribu-ribu
pelajar sekolah menengah dan rendah di setiap destinasi yang
dilalui.//Bernama
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/