KOTA BHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan kini sedang 
menyiapkan projek solar hibrid bernilai hampir RM10 juta sebagai 
kemudahan tiga perkampungan Orang Asli di Gua Musang.

Projek tenaga membabitkan cahaya suria, bateri dan jana kuasa itu, 
dijangka siap awal tahun depan untuk memberi kemudahan kepada 300 
penduduk Orang Asli.

Pengurus Besar TNB Kelantan, Zulkffli Ab Rahaman, berkata kemudahan 
itu sedang dilaksanakan di Pos Pulat, Blau dan Aring 5 yang ketika 
ini belum menikmati kemudahan elektrik.

"Setiap projek bernilai kira-kira RM3 juta bagi setiap perkampungan 
dan pembinaannya mengambil masa kira-kira lima bulan selepas 
pemilihan kontraktor selesai akhir bulan ini.

"Walaupun kos penyediaan tenaga solar ini mahal iaitu kira-kira 
RM30,000 bagi seorang Orang Asli, kita meneruskan projek ini untuk 
memastikan setiap rakyat negara ini menikmati kemudahan itu tanpa 
pilih kasih.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan Bulan 
Kemerdekaan dan mengedarkan Jalur Gemilang kepada 300 kakitangan TNB 
termasuk Pengurus Kawasan dan Pengurus Cawangan di Ibu Pejabat TNB, 
di sini, semalam.

Zulkffli berkata, ketika ini, 79 peratus kawasan negeri ini menerima 
bekalan elektrik kecuali beberapa kawasan pedalaman Gua Musang yang 
akan menerima bekalan secara berperingkat menggunakan solar hibrid.

Sementara itu, katanya, TNB Kelantan sedang mengenal pasti 
kakitangannya yang disyaki terbabit kegiatan mencuri bekalan elektrik 
premis kediaman dan industri untuk tindakan tegas termasuk pemecatan.

"Kita menerima beberapa aduan mengenai kegiatan kakitangan TNB yang 
menyalahgunakan kemahiran untuk membantu pelanggan tertentu bagi 
menurunkan kadar bayaran elektrik," katanya.//BHarian






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke