TUMPAT: Sebahagian bangunan pejabat Majlis Daerah Tumpat (MDT) musnah 
dalam kebakaran yang dipercayai berpunca akibat kerosakan kotak fius 
menyebabkan kerugian kira-kira RM350,000 di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian di Jalan Dato Keramat kira-kira jam 10 malam itu, 
kebakaran memusnahkan bilik Yang Dipertua MDT, Tengku Abdul Rahman 
Tuan Yunus dan bilik mesyuarat MDT yang terletak bersebelahan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Nor Azizan Anan, berkata selain 
itu, pelbagai peralatan pejabat dan dokumen penting turut musnah 
kerana gagal diselamatkan kerana api merebak cepat.

"Polis dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 10.20 malam sebelum 
bergegas ke situ dengan sepasukan anggota dikerah membantu memunggah 
keluar peralatan pejabat.

"Kita bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga 
Nasional Berhad, untuk mengawal kebakaran itu selain membantu 
menyelamatkan dokumen penting dan peralatan pejabat.

"Kebakaran itu disedari pengawal keselamatan, Mohd Noor Yaakub, 63, 
yang kemudian bergegas mendapatkan bantuan," katanya di tempat 
kejadian.

Mohd Noor berkata, sebelum kejadian, dia sedang berehat dalam pondok 
pengawal sebelum terdengar bunyi letupan kecil dari bahagian atas 
bangunan berkenaan.

"Pada mulanya saya sangka musang berada di bumbung, tetapi selepas 
menjenguk keluar, saya mendapati kepulan asap dan api, menyebabkan 
saya bergegas memberitahu kakitangan MDT yang sedang bermesyuarat," 
katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran Bomba 
Kelantan, Mohd Rizal Buang, berkata pasukannya bergegas ke tempat 
kejadian bersama empat jentera dan 33 anggota sebaik menerima 
panggilan kecemasan jam 10.08 malam.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kita dapati bahagian tingkat atas 
bangunan MDT sedang terbakar," katanya.

"Kita berhasil mengawal kebakaran dan menyelamatkan harta benda 
bernilai kira-kira RM500,000. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk 
mengetahui punca kebakaran ini," katanya.//BHarian





 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke