MACHANG: Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi kematian akibat
penyakit batuk kering atau tibi di Semenanjung dengan 676 daripada
3,933 kes yang dikesan sejak 2003 sehingga Jun lalu meninggal dunia.
Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher,
berkata Kota Bharu dan Pasir Mas adalah jajahan yang tertinggi jumlah
penduduknya dikesan menghidap penyakit itu.
"Kedua-dua jajahan itu mempunyai kepadatan penduduk menyebabkan cepat
merebak," katanya selepas sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri
di sini, semalam.
Majlis itu dirasmikan Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah.
Dr Ahmad Razin berkata, jumlah pesakit batuk kering di negeri ini
meningkat setiap tahun yang mana tahun ini 674 pesakit dikesan dengan
132 orang meninggal dunia sehingga Jun manakala 1,150 pesakit dikesan
dengan 253 meninggal tahun lalu.
Pada 2003, 1,037 pesakit dikesan menghidap penyakit itu dan daripada
jumlah itu 108 meninggal dunia manakala pada 2004, 1,072 dikesan, 183
meninggal dunia.
Beliau berkata, penularan penyakit itu antara lain disebabkan
Kelantan menjadi negeri tertinggi mempunyai bilangan pesakit Aids
yang mudah terdedah dengan penyakit itu.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Ahmad Razin berkata, penyakit batuk
kering masih menjadi masalah utama kesihatan penduduk di Kelantan
walaupun ubat-ubatan untuk merawat penyakit itu mencukupi.
Beliau meminta pemimpin masyarakat termasuk penghulu dan pegawai
kerajaan berganding bahu memerangi penyakit itu.
"Jika ada penduduk mengalami batuk berterusan dan demam pada waktu
malam, bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan rawatan awal,"
katanya.//BHarian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/