KOTA BHARU, 17 Ogos - Sudah menjadi kelaziman setiap kali menjelang 
Hari Raya, kuih-muih sentiasa menjadi pilihan. Dan tahun ini 
pengusaha-pengusaha industri kecil yang mendapat bantuan kerajaan 
negeri juga bersedia menerima tempahan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, 
Haji Zulkifli Mamat berkata, kerajaan negeri melalui tiga portfolio 
membantu pengusaha terbabit yang terdiri daripada golongan armalah.

Selain itu, katanya, pengusaha itu juga dari kalangan penduduk-
penduduk miskin yang mendapat modal dari kerajaan negeri serta 
peserta di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan. 

Ketika ditemui di pejabatnya semalam, beliau berkata, bantuan modal 
diberi kerajaan negeri bagi membantu pihak terbabit berdikari 
termasuk menyediakan kuih-kuih raya.

"Dengan cara ini kerajaan negeri dapat membantu mereka sekurang-
kurangnya dari segi sokongan modal dan pemasaran bagi membolehkan ia 
diedar ke peringkat lebih global," ujarnya.

Beliau berkata, biar pun perayaan Raya Aidilfitri hampir tiga bulan 
lagi, namun pengusaha terbabit sudah bersedia menerima tempahan 
pelangan mulai sekarang.

Kata beliau, tidak kurang 10 jenis kuih raya akan diusahakan 
pengusaha berkenaan yang melibatkan tenaga seramai 15 pekerja dan 
sekarang mereka beroperasi di Dataran Usahawan Pulai Chondong.

Sementara itu, Pengurus Projek berkenaan, Mahani Kader berkata, 
antara jenis kuih yang bakal disediakan antaranya tart nanas biasa, 
almond London, dahlia,  makmur, sesancy aiskrim, dan tart nanas 
gulung.

Menurutnya, kuih-kuih tersebut kini sudah berada di pasaran tempatan.

"Sehingga kini pihak kami telah menerima tempahan sebanyak 10,000 
kotak kuih berkenaan dan kami masih lagi membuka tempahan kepada 
orang ramai," katanya.

Oleh sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan atau sebarang 
pertanyaan boleh menghubungi Mahani di talian 019 930 9133.//Hrkh

 







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke