KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- Lebih banyak institusi pendidikan tajaan 
Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan ditubuhkan di bawah Rancangan 
Malaysia Kesembilan (RMK-9), kata Pengerusi Mara Brig Jen (B) Datuk 
Seri Abdul Hamid Zainal Abidin.

Katanya selain lapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Mara juga akan 
menyiapkan empat Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan buah Kolej 
Profesional Mara (KPM) di seluruh negara.

"Mara mendapat RM3.087 bilion peruntukan yang diperoleh dalam RMK-9 
dan 70 peratus daripada peruntukan ini akan kita gunakan untuk 
membangunkan sektor pendidikan," katanya kepada pemberita selepas 
majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-49, peringkat ibu pejabat Mara 
di sini.

Di Kelantan, MRSM akan dibuka di Tanah Merah, KKTM akan dibuka di 
Pasir Puteh manaka KPM pula akan dibuka di Bachok.

Di negeri lain pula, MRSM akan dibuka di Pasir Gudang, Johor Baharu; 
Sandakan, Sabah; Baling, Kedah; Rantau, Negeri Sembilan; Tanjung 
Karang, Selangor; Dungun, Terengganu; dan Temerloh, Pahang

Manakala KKTM baru yang akan dibuka selain di Kelantan ialah di Raub, 
Pahang; Seberang Prai Utara, Pulau Pinang;dan Senawang, Negeri 
Sembilan manakala KPM baru yang akan dibuka terletak di Yan di 
Kedah.//Bernama







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke