KOTA BHARU, 18 Ogos - Perbadanan Muzium Kelantan akan mengadakan
pameran manifestasi tulisan jawi selama sebulan bermula 20 Ogos ini
sebagai usaha mengenal pasti tahap kefahaman tulisan itu di kalangan
masyarakat.
Selain itu, mempamerkan pelbagai bentuk warisan dan penggunaan
tulisan jawi serta memartabatkan pembudayaan tulisan asal milik orang
Melayu.
Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Haji Zawawi Muhamad
berkata, pameran terbabit turut mendapat kerjasama Jabatan Muzium
Malaysia.
"Perasmian pemeran itu akan disempurnakan Timbalan Menteri, Dato'
Ahmad Yakob pada 24 Ogos ini. Pameran berkenaan dibuka bermula jam
8.45 pagi hingga 4.45 petang," katanya di sini.
Selain pameran tulisan jawi, pertandingan menulis jawi turut diadakan
dan ia terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
"Selain itu diadakan juga pertandingan scrabel jawi, komputerization
jawi, pengenalan pameran manifestasi tulisan jawi, aktiviti sampingan
seperti demontrasi tulisan khat dan jualan," ujarnya.
Bagi memeriahkan pameran itu pihak muzium turut mengadakan jualan
cenderamata dan buku-buku bertulisan jawi./Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/