MACHANG, 20 Ogos - Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK), biar pun
belum lagi kenali ramai memandangkan baru beroperasi, namun produk
yang dihasilkan dianggap setanding dengan organisasi-organisasi lain.
Misalnya, PPWK Dun Pulai Chondong berjaya menganjurkan pertunjukkan
fesyen pakaian muslimah yang diadakan di Dewan Ping Pong Darulnaim
dekat sini, Jumaat lalu.
Pelbagai jenis busana Muslim rekaan PPWK itu dihasilkan antaranya
baju tidur ala kimono, baju Melayu, kurung, kebaya moden, jubah,
jubah seluar dan gaun kanak-kanak cukup menarik dan menawan hati.
Pertunjukan fesyen PPWK tersebut dirasmikan Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri, Rohani
Ibrahim. Ia diadakan secara tertutup sempena majlis Hi-Tea dan
Pertunjukkan Fesyen Busana Muslim.
Rohani berkata, pereka fesyen busana Muslim di bawah PPWK terbukti
berjaya mencipta busana setanding dengan pihak lain dalam usaha
menggalakkan masyarakat berpakaian menutup aurat.
"Dengan kecantikan seni rekanya ia mampu menarik minat golongan
remaja bergaya dengan fesyen-fesyen terbaru menutup aurat. Oleh itu
pereka fesyen seharusnya menekankan rekaan mengikut perkembangan
semasa dan bertaraf global.
"Dengan cara ini juga kita dapat pasarkan produk yang dihasilkan ke
pasaran sehingga ke luar negara," ujarnya.
Pengarah program berkenaan, Ustazah Azizah Awang Hamad berkata, PPWK
bukan hanya tertumpu kepada industri membuat kuih muih dan jahitan
semata-mata, sebaliknya berupaya mengendalikan pertunjukkan
fesyen.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/