MACHANG, 20 Ogos - Kelantan menganggarkan seramai enam juta pelancong
dari dalam dan luar negara mengunjungi negeri ini sepanjang tahun ini
iaitu meningkat berbanding tahun lepas.
Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias berkata,
peningkatan itu berdasarkan jumlah pelancong yang datang bertambah
khususnya ketika musim cuti sekolah atau cuti umum dalam tempoh enam
bulan pertama tahun ini.
"Kedatangan pelancong untuk menikmati keindahan negeri ini, di
samping membeli produk-produk ciptaan penduduk tempatan," katanya
ketika merasmikan Dewan Ping Pong Darulnaim di Labok, dekat sini
Jumaat lalu.
Turut hadir anggota-anggota Exco, Haji Zulkifli Mamat, Abdul Patah
Mahmood, Ketua Jajahan Machang, Tengku Azmi Tengku Jaafar, Penyelia
Dun Bukit Bunga, Sufly Abdul Razak dan Penyelia Parlimen Jeli, Haji
Apandi Mohamad.
Kesesakan di kawasan bandar Kota Bharu begitu ketara sejak Jumaat
lalu, di mana tempat letak bas di Kota Sultan Ismail Petra penuh
sesak. Jalan-jalan utama di pusat bandar juga sendat dengan kenderaan.
Sehubungan itu, Mohd Aiseri berharap usahawan wanita Kelantan
mempelbagaikan ciptaan bagi menarik minat pelancong untuk terus
berkunjung ke negeri ini.
Pada majlis itu juga beliau mencadangkan nama kuih tradisional
ditukar kepada nama lebih menarik misalnya 'tepung bungkus'
kepada 'puteri dua sebilik'.
Katanya juga, kerajaan negeri sentiasa membantu golongan wanita
kerana mereka adalah aset pembangunan ummah dengan mewujudkan
portfolio berkaitan wanita.
Zulkifli yang juga Adun Pulai Chondong berkata, sebanyak 10,000 kotak
kuih hasil produk PPWK Dun berkenaan kini sudah berada dalam pasaran.
Menurutnya ia menggambarkan kesungguhan PPWK untuk memajukan golongan
berkenaan yang terdiri dari kalangan armalah dan golongan miskin.
Pada Jumaat lalu turut berlangsung beberapa program di Dun Pulai
Chondong termasuk seminar menjawab peperiksaan PMR dan SPM yang
dikendalikan Pupuk Nilai Murni.
Selain itu juga Pemuda Dun Bukit Bunga melakukan lawatan muhibah ke
Dun Pulai Chondong, manakala kursus pimpinan masyarakat diadakan di
Kompleks Markaz Dewan Ulamak (Madu).//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/