KOTA BAHARU, 21 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad 
Badawi berpuas hati dengan hasil lawatan kerja dua harinya ke 
Kelantan dengan program yang diatur menepati kehendaknya.

"Saya rasa gembira dan bersyukur dengan lawatan kerja dengan program 
yang diatur begitu baik yang membawa saya melawat projek-projek 
tertentu di sini," katanya ketika menghadiri majlis jamuan malam di 
kediaman Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar 
Musa di sini Isnin.

Katanya lawatan beliau membawa mesej mahukan semua pihak di Kelantan 
sentiasa bekerjasama supaya semua usaha yang dibuat membawa faedah 
kepada rakyat negeri ini.

"Saya pasti kalau kita semua bekerjasama dan muafakat ia akan membawa 
berkat dan jika semua bersepakat kita akan menjadi kuat," katanya.

Dalam lawatan dua hari bermula semalam, Abdullah merasmikan Jambatan 
Dabong di Kuala Krai sebelum mendengar taklimat pembangunan Stong 
Hill Resort, juga di Kuala Krai.

Pada hari yang sama, beliau mendengar taklimat mengenai kampus 
sementara Universiti Kelantan di Institut Latihan Perguruan Kota 
Baharu di Pengkalan Chepa sebelum menutup Ekspo Perkampungan Islam 
Hadhari di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini.

Hari ini, Perdana Menteri melancarkan program KADA Baloh Negara di 
Ladang Merdeka, Jelor, Pasir Puteh bagi menjadikan Kelantan muncul 
sebagai pusat halal hub serantau dan menghadiri Majlis Jamuan Bersama 
Rakyat di Bachok pada sebelah petang.

Katanya mesej itu perlu untuk menjayakan projek yang diatur dalam 
Rancangan Malaysia Kesembilan di Kelantan untuk dinikmati oleh rakyat.

Abdullah berkata perjuangan demi agama, bangsa dan negara perlu 
menjadi matlamat semua pihak kerana beliau tidak mahu mana-mana 
negeri ketinggalan kepada negeri yang lain.

Oleh itu, beliau mahu rakyat negeri ini supaya memberikan sokongan 
mereka terhadap usaha yang hendak dilaksanakan agar program yang 
disusun berhasil.

Sebelum menamatkan lawatannya, Perdana Menteri juga sempat meluangkan 
masa mengunjungi ibu Annuar, Che Bedah Awang Chik, 94, yang tidak 
dapat berjalan akibat sakit sendi sejak setahun lalu.

Perdana Menteri berlepas pulang ke ibu negara malam ini.//Bernama








 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke