KOTA BHARU, 21 Ogos: Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Nik Mat mendakwa pemberian projek kepada orang politik adalah punca
utama program pembangunan kerajaan pusat mengalami kelewatan di
Kelantan.
Beliau berkata, perkara tersebut terbukti apabila projek pembinaan
logi rawatan air di bawah pinjaman mudah RM600 juta kerajaan pusat
gagal disiapkan megikut waktu ini kerana orang politik yang mendapat
projek berkenaan.
"Kalau boleh struktur pemikiran perlu diubah, jangan diberi projek
ini kepada orang parti, kerana mereka kadang-kadang tidak berminat
pun dan cenderong untuk dialibabakan projek," katanya.
Beliau bercakap demikian kepada wartawan selepas menghadiri Majlis
pelancaran Lembaga Kemjuan Pertanian Kemubu (KADA), Baloh Negara oleh
Perdana Menteri di Ladang Merdeka, Jelor, dekat sini.
Tok Guru Nik Aziz mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam yang
meminta kerajaan Kelantan mendokong pelaksanaan projek pembangunan di
bawah RMK-9 termasuk mempercepatkan proses kelulusan tanah.
Menurut Menteri Besar itu, dakwaaan melewat-lewatkan keleulusan tanah
tidak timbul kerana pihaknya sejak tahun 1970-an telah meluluskan
tapak seluas 200 hektar di Tangok, Bachok untuk pembinaan universiti
Kelantan walaupun pembinaannya dibawah RMK-9.
"Kelulusan tanah untuk projek Kerajaan Pusat juga mengikut prosedur
bias am kalau dikatakan ada sedikit kelewatan, ia juga membabitkan
projek kerajaan negeri sendiri seperti Projek Bandar Baru Tunjong
dekat Kota Bharu yang setelah hampir setahun baru kita memulakan
proses pengambilan tanah," katanya.
Tambahnya lagi, kesungguhan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan
kerajaan pusat terbukti apabila beliau sendiri menghadiri majlis
perasmian hari ini.
"Macamana suasana hari ini cukup baik, saya sendiri tinggal kerja
lain untuk dating menyambut kedatangan Perdana Menteri ke Kelantan
walaupun saya dalam keadaan uzur dan banyak kerja di pejabat,"
ujarnya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana
menyediakan peruntukan besar sebanyak RM7.6 bilion untuk Kelantan
dibawah RMK-9.
"Tumpuan PM untuk membangunkan pertanian di negeri ini adalah tepat
kerana sejak awal-awal lagi saya sudah sebut Kelantan negeri
pertanian dan bukan negeri industri," katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Program
pertanian Tunas Mekar yang menggabungkan pendekatan memajukan sektor
perusahaan tani menggunakan pengalaman dan ilmu, akan diperluaskan ke
seluruh negara.
Perdana Menteri berkata projek itu, yang kini dalam peringkat
percubaan di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, dilihat mampu memberi
nafas baru bagi mengembangkan perusahaan berkaitan pertanian.
Kataya pendekatan Tunas Mekar, yang menggabungkan tenaga muda yang
berilmu dan orang dewasa yang berpengalaman dalam bidang pertanian,
dapat memberi kekuatan dan potensi yang ada untuk mengembangkan lagi
perusahaan itu.
"Sektor pertanian berpotensi untuk mewujudkan peluang kerja yang
banyak selain peluang baru untuk menambah pendapatan dan melahirkan
sumber kekayaan baru kepada mereka yang membabitkan diri dalam bidang
itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kada Baloh Negara
di Jelor dekat sini, Isnin.
Program itu bermatlamat menjadikan Kelantan sebagai hab halal
serantau yang berteraskan lima elemen bagi meningkatkan kuantiti dan
kualiti pengeluaran hasil pertanian.//Perakan
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/