KRT Ketereh usaha eko-tani Oleh Rohana Mohd Nawi Pelbagai jenis tanaman seperti pisang, kulat dan ternakan diusahakan manakala hasil pertanian dipasarkan sendiri peserta KOTA BHARU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Ketereh, dipilih sebagai kawasan pertama yang bakal mengadakan program eko-tani bagi menjalankan projek ekonomi di negeri ini.
Setakat ini, KRT Ketereh sudah menjalankan aktiviti pertanian seperti ternakan ikan, ladang pisang dan yang terakhir projek tanaman kulat. Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Abdul Hadi Salleh, berkata aktiviti pertanian itu dijalankan oleh semua peserta KRT Ketereh yang mana modal juga dikeluarkan mereka sendiri. "Hasil keuntungan yang diperoleh nanti akan dipulangkan semula kepada peserta KRT dan selebihnya akan disumbangkan kepada tabung kawasan mereka. "Selain itu, hasil pertanian berkenaan juga akan dipasarkan sendiri oleh peserta di gerai KRT di kawasan Ketereh," katanya di sini, baru- baru ini. Sementara itu, Pengerusi KRT Ketereh, Ramli Abdul Rahman berkata, sejak 2002 lagi, KRT Ketereh sudah menjalankan aktiviti pertanian dan sehingga kini sebanyak 10,000 pokok pisang ditanam oleh peserta. Ramli berkata, projek terbaru yang sedang dijalankan adalah penanaman kulat dan peserta mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian dalam mengusahakan projek ini. Beliau berkata, pihaknya kini juga mengeluarkan baja yang berasaskan ikan untuk digunakan bagi projek tanaman kulat. Katanya, selain itu, untuk memperoleh pendapatan lumayan, peserta juga giat menjalankan aktiviti jiran wanita dengan mengadakan unit katering dengan memperoleh pendapatan sehingga RM1,500 setahun. "Kita ada membuat sewaan kerusi, meja dan set pinggan mangkuk bagi kegunaan majlis tertentu seperti jamuan perkahwinan kepada orang ramai dan pendapatannya mencapai kepada RM2,000 setahun," katanya.//BHarian --- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > GUA MUSANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh Kelantan digalakkan > menyertai program eko-tani bagi meningkatkan taraf ekonomi ahlinya > dan masyarakat setempat sejajar saranan kerajaan untuk mengembangkan > Dasar Pertanian Negara. > > Pemangku Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional > (JPNIN), Abdul Hadi Salleh, berkata program itu boleh dilaksanakan > mengikut bidang yang bersesuaian di kawasan masing-masing yang > dilihat mempunyai potensi untuk dimajukan. > > Beliau berkata, setiap ahli boleh menyumbangkan saham sebagai modal > bagi membangunkan bidang berkenaan dan keuntungan boleh diagih- > agihkan mengikut jumlah saham yang dilaburkan. > > "Kita mahu ahli Rukun Tetangga bergiat dalam program eko-tani bagi > meningkatkan pendapatan selain terus menjalankan aktiviti > kemasyarakatan untuk menjaga keselamatan kampung. > > "Setiap kawasan mempunyai bidang berlainan yang boleh dimajukan dan > sebagai contoh, Gua Musang sesuai untuk mengusahakan tanaman dan > ternakan kerana mempunyai banyak tanah terbiar," katanya kepada > selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat Jajahan Gua > Musang, di sini, kelmarin. > > Abdul Hadi berkata, pelancaran eko-tani KRT pertama di Kelantan akan > disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, > Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di KRT Ketereh, akhir bulan ini. > > "Kita pilih KRT Ketereh kerana program eko-tani yang dijalankan sudah > menunjukkan kejayaan dan menjadi contoh kepada KRT lain di negeri ini > dan beberapa KRT yang menjalankan program sama yang menunjukkan > potensi yang baik," katanya.//Bharian > Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
