KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan memerlukan peruntukan kira-
kira RM500,000 bagi memastikan kawasan sepanjang tepi pantai seluas 
50 hektar di seluruh negeri ini ditanam pokok ru sebagai membendung 
hakisan ombak besar.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Wan Yusoff Wan Ahmad, ru sejenis 
pokok yang sesuai ditanam di tepi pantai bagi menahan ombak besar, 
manakala bakau pula ditanam di kawasan pulau sebagai pemecah ombak.

Katanya, setakat ini, kawasan yang sudah ditanami pokok ru ialah di 
Pantai Geting, Tumpat dengan keluasan kira-kira empat hektar 
membabitkan 2,000 pokok.

"Kita akan menanam 3,000 lagi pokok ru kawasan itu dengan peruntukan 
kira-kira RM150,000 setahun termasuk bagi memagar kawasan tapak 
tanaman bagi mengelak dicerobohi haiwan liar," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, keseluruhan sepanjang tepi pantai di 
Kampung Geting, Tumpat seluas kira-kira 13 hektar akan ditanam ru 
sebelum diperluaskan ke Pantai Semerak, Pasir Puteh dan pantai 
Kampung Pajakan yang bersempadan dengan Terengganu.

"Kita memohon peruntukan RM500,000 setahun menerusi Rancangan 
Malaysia Kesembilan (RMK-9) daripada Kerajaan Pusat untuk 
melaksanakan program menanam ru.

"Setakat ini, kita menerima peruntukan kira-kira RM150,000 setahun 
untuk melaksanakan program menanam ru di tepi pantai negeri ini," 
katanya.

Wan Yusoff berkata, keseluruhan Delta Kelantan dikelilingi 40 pulau 
itu memerlukan penanaman pokok ru dan bakau bagi mengurangkan kira-
kira 50 peratus kelajuan ombak besar setiap kali musim tengkujuh.

"Oleh itu, kita memberi tumpuan terhadap pentingnya tanaman ru dan 
bakau di negeri ini selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri 
Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan tumbuhan bakau dan ru untuk 
pemecah ombak di tepi laut dilaksanakan di semua negeri," katanya.

Katanya, keseluruhan Delta Kelantan dengan keluasan 1,252 hektar itu 
membentuk gugusan kepulauan yang bermula dari muara Sungai Kelantan 
dan menganjur ke Pantai Seri Tujuh, di Tumpat.

"Pesisirnya dipenuhi tanah berlumpur dan berpasir yang membentuk 
ekosistem yang sesuai untuk bakau dan ru iaitu spesies tumbuhan yang 
penting untuk menghalang hakisan selain sebagai pemecah ombak besar," 
katanya.

Beliau berkata, berikutan kejadian tsunami dua tahun lalu, program 
tanaman pesisiran pantai terutama spesies bakau dan ru kini menjadi 
agenda penting Jabatan Perhutanan negeri ini.

Katanya, kepentingan ekologi di tepi pantai menjadikan kawasan pantai 
perlu ditanam pelbagai tumbuhan seperti ru dan bakau yang kini 
diwartakan sebagai hutan simpan kekal.//BHarian


Re: Tumpat: Pokok pemecah ombak ditanam di Delta Kelantan
--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> 54,000 spesies bakau, ru ditanam di empat pulau sekitar Delta 
> Kelantan bagi mengurangkan kelajuan rempuhan ombak besar
> 
> TUMPAT: Kejadian tsunami yang pernah menyebabkan kemusnahan harta 
> benda dan nyawa di Utara Semenanjung sebelum ini, membuka mata 
banyak 
> pihak mengenai kepentingan sistem pemecah ombak dan penghalang 
> hakisan di tepi pantai.
> 
> Saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai 
> pentingnya tumbuhan bakau sebagai pemecah ombak di tepi laut 
disambut 
> baik dengan langkah proaktif Jabatan Perhutanan Kelantan.
> 
> Jabatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu memulakan projek 
tanaman 
> bakau di tepi kawasan pantai negeri ini, terutama delta Kelantan 
yang 
> berlumpur sebagai projek jangka panjang. 
> 
> Delta Kelantan terdiri 48 pulau dengan keluasan 1,252 hektar itu 
> membentuk gugusan kepulauan yang bermula dari muara Sungai Kelantan 
> dan menganjur ke pantai Seri Tujuh, di Tumpat.
> 
> Pesisirnya dipenuhi tanah berlumpur dan berpasir yang membentuk 
> ekosistem yang sesuai untuk bakau dan ru iaitu spesies tumbuhan 
yang 
> sesuai untuk menghalang hakisan dan sebagai pemecah ombak besar.
> 
> Setakat ini, empat pulau iaitu Pulau Mas, Pulau Kambing, Pulau 
Layang-
> Layang dan Pulau Tujuh sudah ditanam kira-kira 54,000 pokok bakau 
> terdiri spesies minyak (Rhizophora Apiculate) dan kurap (Rhizophora 
> Muconata).
> 
> Tumbuhan itu diharapkan dapat mengekalkan hutan bakau sedia ada, 
> selain menguatkan sistem pertahanan terhadap bencana alam dengan 
> penambahan tanaman baru itu. 
> 
> Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Wan Yusoff Wan Ahmad, berkata 
> tanaman bakau itu dibuat di kawasan habitatnya yang dikenal pasti 
> kurang kepadatan tumbuhan itu, selain tanaman pokok ru di tepi 
pantai.
> 
> "Setakat ini, hampir 90 peratus tanaman bakau dibuat sekitar Pantai 
> Tanjung Dat dekat Tumpat membabitkan keluasan 27 kilometer dengan 
kos 
> kira-kira RM250,000.
> 
> "Kos penanaman bagi setiap satu pokok bakau ialah RM4 dan ia 
ditanam 
> pada jarak dua kali dua meter dan hayat setiap pokok kini antara 
tiga 
> hingga lima tahun.
> 
> "Bagaimanapun, musuh utama bakau ini ialah siput dan ketam. Kita 
> perlu memantau pertumbuhan pokok itu terutama ketika berusia enam 
> bulan sehingga dua tahun bagi mengelak musnah kerana gangguan 
hidupan 
> sungai itu," katanya.
> 
> Beliau memberitahu demikian ketika membawa pemberita Berita Harian 
> melawat tanaman bakau di Pulau Dat, Tumpat, kelmarin. Turut serta 
> Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan, Abdullah Sani Shaffie; 
> Penolong Pengarah Silvikultur Dan Perlindungan, Mohd Rahim Rani dan 
> Pengawas Hutan Simpan Bakau, Ramli Abdullah.
> 
> Wan Yusoff berkata, kajian mendapati tanaman pokok bakau boleh 
> mengurangkan hampir 50 peratus kadar kelajuan rempuhan ombak besar 
ke 
> daratan jika berlaku bencana alam.
> 
> "Penanaman bakau bertujuan menahan hakisan ombak, mengekalkan 
habitat 
> pelbagai spesies ikan di samping membentuk zon penampan kesan 
bencana 
> alam yang boleh berlaku," katanya.
> 
> Beliau berkata, projek tanaman bakau itu membabitkan kerjasama 
Kolej 
> Universiti Teknologi Malaysia (Kustem) bagi memastikan pantai 
negeri 
> ini kekal sebagai tarikan pelancong selain berfungsi sebagai 
penahan 
> hakisan.
> 
> Katanya, berikutan peristiwa tsunami, program tanaman pesisiran 
> pantai, terutama spesies bakau menjadi agenda penting peringkat 
> nasional selepas berlakunya bencana dahsyat itu selaras arahan 
> Perdana Menteri yang mahukan hutan bakau negara ini dikekalkan.
> 
> Mohd Rahim berkata, sejak projek tanaman bakau dimulakan enam tahun 
> lalu, pihaknya turut menemui beberapa spesies utama tumbuhan hutan 
> paya delta itu termasuk jetuju dari spesies A illicifous; api-api 
> jambu (A marina); api-api ludat (A officinalis); api-api bulu (A 
> lanata) dan buta-buta (Excoecaria agallocha).
> 
> Katanya, kepentingan ekologi di tepi pantai itu menjadikan kawasan 
> hutan bakau turut ditanam pelbagai tumbuhan lain seperti ru yang 
juga 
> diwartakan sebagai hutan simpan kekal.
> 
> "Sejak tanaman bakau dimulakan dua tahun lalu, setiap pokok 
setinggi 
> kira-kira 2 meter itu sudah mengeluarkan benih dan sebaik jatuh 
dari 
> pokok induk, benih itu akan menjadi pokok baru," katanya.
> 
> Ketika tinjauan Berita Harian ke kawasan muara sungai yang turut 
> menjadi laluan nelayan berpangkalan di Tumpat itu, mendapati air 
> pasang.
> 
> "Pengawasan rapi petugas Jabatan Perhutanan, setakat ini tiada 
pihak 
> yang menceroboh kawasan hutan bakau itu atau individu yang cuba 
> menebang pokok bakau untuk sebarang tujuan," katanya.
> 
> Sementara Abdullah Sani berkata, faktor utama kejayaan penanaman 
> bakau di Kelantan ialah tanaman tidak menghadapi ancaman pukulan 
> ombak kuat kerana dilindungi Pantai Laut Rhu Kuala.
> 
> "Selain itu, anak pokok yang ditanam tiada masalah gangguan musuh 
> terutama ketam yang dikenal pasti punca utama tumbuhan itu kerana 
> hidupan sungai itu gemar makan benih bakau berusia satu hingga tiga 
> bulan," katanya.
> 
> Beliau berkata, masalah utama dihadapi pokok bakau di kawasan itu 
> ialah rempuhan kayu yang dihanyutkan pada musim tengkujuh dan 
apabila 
> banjir berlaku.
> 
> Fakta Nombor: Delta Kelantan
> 
> 48 - Pulau
> 
> 4 - Pulau ditanam bakau
> 
> RM4 - Kos setiap pokok bakau
> 
> 50 peratus - Kelajuan ombak dikurangkan
> //BHarian
>







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke