KOTA BHARU 23 Ogos - Seorang lelaki kurang siuman bersenjatakan 
sebatang kayu runcing yang mengamuk dan menyerang seorang anggota 
polis, mati ditembak di rumahnya berhampiran Pasar Labok, Pulai 
Chondong, Machang pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Datuk 
Abdul Rahim Hanafi berkata, polis menembak Mohd. Razlan Ismail, 29, 
bagi mempertahankan diri setelah dia menyerang anggota polis yang 
berusaha mententeramkan keadaan.

"Seorang anggota kita melepaskan satu das tembakan ke arah lelaki ini 
dan terkena dada sebelah kiri," katanya pada sidang akhbar di 
pejabatnya, di sini hari ini.

Abdul Rahim menjelaskan, Bilik Gerakan Polis Machang menerima 
panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 6.33 pagi bahawa 
seorang lelaki sedang mengamuk di rumahnya.

Katanya, apabila kereta peronda dengan dua anggota sampai kira-kira 
pukul 6.45 pagi, lelaki terbabit berada dalam keadaan berang dan 
bertindak memecah cermin almari dan barangan lain sehingga adik 
beradik dan bapanya lari keluar rumah.

"Kedua-dua anggota kita cuba memujuk tetapi dia terus keluar rumah 
dan mengejar seorang anggota kita mengelilingi kereta peronda 
sehingga anggota berkenaan terjatuh kerana tanah licin disebabkan 
hujan.

"Mangsa yang bertubuh besar kemudiannya menekan badan anggota kita 
dengan lututnya dan cuba menghentak dengan sebatang kayu runcing 
sepanjang kira-kira satu meter dan dalam keadaan cemas ini seorang 
anggota lain terpaksa melepaskan satu das tembakan," katanya.//Utusan







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke