KOTA BHARU: Kegembiraan sepasang pengantin baru bertukar duka, 
apabila beg tangan berisi barang kemas dan wang tunai bernilai 
RM30,000 diragut seorang peragut bermotosikal dalam satu kejadian di 
sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang dekat Pengkalan Chepa itu, 
Nurul Hafeeza Mohamed, 26 bersama keluarga mentua baru tiba di rumah 
keluarganya dekat Pengkalan Chepa di sini.

Beliau, bekerja sebagai jurutera dari Selangor berkata, sebaik turun 
daripada kereta, dia berjalan menuju rumah kira-kira 30 meter dari 
situ sambil memegang beg tangannya yang berisi pelbagai barang kemas 
dan wang tunai serta telefon bimbit.

"Ketika berjalan itu, saya melihat seorang lelaki bermotosikal. Saya 
sangka dia pekerja syarikat sewa kanopi kerana ketika itu beberapa 
orang kelihatan sedang mengemas kerusi dan khemah kenduri. 

"Tiba-tiba lelaki berambut kerinting itu meragut beg tangan saya 
hingga motosikalnya terhoyong hayang. Kejadian itu membuatkan saya 
terpaku sebelum menjerit meminta tolong tetapi lelaki itu memecut 
motosikalnya," katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian suaminya tiada bersama, kerana 
mengikut adat menghantar menantu, beliau dihantar keluarga mentua ke 
rumah keluarganya sebelum suami menyusul.

"Beg tangan itu yang diragut itu berisi cincin pertunangan serta 
barang kemas milik nenek dan nenek saudara seperti gelang, cincin dan 
rantai yang dipakaikan kepada saya ketika majlis persandingan pada 
Jumaat lalu. 

"Saya bertugas di Kuala Lumpur, biasa keluar seorang diri, tidak 
sangka di kampung pula berlaku macam ini. Sekarang saya rasa takut 
untuk keluar sendirian, syukur saya tidak cedera dalam kejadian ini.

"Kejadian ini merosakan kegembiraan saya dan suami serta keluarga. 
Saya kesal dan terkilan dengan kejadian ini," katanya yang turut 
kehilangan wang tunai RM200 dan telefon bimbit Dopod.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan dan 
siasatan dijalankan bagi mengesan penjenayah terbabit.//BHarian






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke