Kota Bharu, 22 Ogos - TV3 malam tadi dan akhbar-akhbar harian utama
hari ini melaporkan bahawa Sungai Kelantan tercemar akibat pembalakan
yang tidak terkawal di kawasan Hulu Kelantan. Laporan akhbar juga
mengulas kenyataan Perdana Menteri bahawa Sungai Kelantan sudah jadi
macam 'kopi o' akibat pencemaran kesan dari pembangunan dan
pembalakan yang tidak terkawal di kawasan Hulu.
Laporan TV3 malam tadi juga menyebut bahawa pembalakan tidak terkawal
berlaku di kawasan Sungai Durian Kuala Krai, Kelantan, tetapi berita
tersebut hanya melaporkan tinjauan wartawan TV3 beberapa bulan lalu
di kawasan sempadan Pahang-Kelantan dan juga kawasan Sungai Durian
terbabit.
Namun, persoalan timbul sejauhmana pencemaran Sungai Kelantan benar-
benar berlaku sebagaimana yang dinyatakan oleh Pak Lah semasa berucap
merasmikan penutupan Perkampungan Hadhari di Kompleks Sekolah-Sekolah
Wakaf Mek Zainab petang semalam. Jika diteliti dan dipetik kenyataan
Pak Lah tersebut, ternyata ia merupakan satu tuduhan yang tidak
berasas yang sengaja direka untuk memburukkan dan menjatuhkan
kredibiliti Kerajaan Negeri Kelantan.
Mana ada sungai yang warna macam kopi o di Kelantan. Kopi o ini
bolehlah diandaikan bahawa air sungai tersebut berwarna kehitam-
hitaman. Air Sungai Kelantan tidak hitam sebagaimana andaian yang
dibuat oleh Pak Lah. Jika benar sebagaimana dikata, Pengerusi
Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Anuar Musa dan rakan-rakan pimpinan
UMNO Kelantan dicabar untuk membuktikan kenyataan Pak Lah tersebut.
Jemputlah Sazmi Miah bersama untuk membuat tinjauan dan merakam
gambar Sungai Kelantan yang disebut berwarna macam kopi o.
Berdasarkan rekod, Kelantan merupakan salah satu negeri yang begitu
cermat dan berhati-hati dalam mengurus khazanah hutan di negeri ini
dengan kawalan yang ketat ke atas operasi pembalakan yang diluluskan
oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan. Mengikut kuota,
Kelantan belum pernah melebihi kuota tebangan yang ditetapkan oleh
Kementerian yang bertanggungjawab. Kegiatan pembalakan haram juga
adalah dalam kawalan dan penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri.
Sekalipun jika benar wujudnya pencemaran, ia adalah bersifat
sementara yang dalam kawalan pihak berkuasa dan tidak membawa kepada
warna kopi o sebagaimana tuduhan Pak Lah. Pencemaran sementara
berlaku mungkin wujud ketika hujan lebat yang hanya mengeruhkan air
sungai menjadi kekuning-kuningan. Itupun jika ia dianggap pencemaran
yang teruk bagi Pak Lah.
Pihak PAS Kelantan Online dan Kelantan TV akan cuba untuk mendapatkan
penjelasan rasmi dari pihak Exco Kerajaan Negeri berkaitan isu
terbabit. //Paskelantan
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/