GUA MUSANG: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) membelanjakan 
RM2.02 juta bagi membangunkan Program Penempatan Masyarakat Setempat 
(PPMS) khusus untuk keluarga miskin sejak enam tahun lalu.

Program penyusunan keluarga daif itu membabitkan pembinaan kediaman 
mengikut Skim Perumahan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), penyediaan 
kemudahan asas seperti elektrik, air, jalan serta kegiatan ekonomi.

Pengurus Besarnya, Janudin Dolah, berkata pihaknya bercadang membina 
lebih 100 rumah SPKR di penempatan berkenaan dalam tempoh terdekat 
ini untuk menepati sasaran mengatasi kemiskinan sifar sebagai 
ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, setakat ini 88 rumah SPKR sudah dibina di kawasan itu 
membabitkan tiga fasa termasuk fasa pertama dimulai 52 rumah, diikuti 
fasa kedua 25 rumah dan fasa ketiga 11 rumah. 

"Fasa pertama membabitkan rumah jenis kayu berharga RM6,000 setiap 
satu dan sejak 2002 pembinaan rumah batu dimulakan membabitkan kos 
RM10,320 setiap satu," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian 
kunci rumah SPKR PPMS di Kampung Mercu Jaya, dekat sini, semalam.

Penyampaian kunci rumah SPKR kepada 11 peserta miskin dilakukan Ahli 
Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Hadir sama, Ahli Dewan 
Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohamad Saufi Deraman dan Adun Paloh, 
Datuk Norzula Mat Diah.

Janudin berkata, konsep pembangunan penempatan untuk keluarga miskin 
mengikut kemajuan semasa dengan memberi pelbagai keperluan supaya 
setiap mereka terbabit dapat hidup berdikari.//BHarian







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/3EuRwD/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke