KOTA BHARU: Kerajaan negeri menasihatkan semua pelajar terutama wanita supaya lebih berhati-hati ketika keluar bersendirian terutama malam berikutan pelajar sebuah universiti swasta di bandar ini menjadi mangsa rogol, Selasa lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa, berkata sekiranya mangsa lalai, penjenayah akan mengambil kesempatan terhadap mangsa tidak mengira masa. Beliau berkata, penjenayah juga akan bertindak kejam apabila mendapati mangsa cuba melawannya. "Tindakan ini tidak berperikemanusiaan. Saya minta orang ramai supaya membantu polis dalam menangani masalah jenayah terutama kes rogol supaya tidak berulang kepada orang lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa rogol di Hospital Pakar Perdana, di sini, kelmarin. Dalam kejadian minggu lalu, seorang penuntut institut pengajian tinggi swasta dirogol seorang perogol bersiri jam 3.15 petang di bangunan tempat beliau menyewa, di sini. Mangsa berusia 21 tahun itu dikatakan terjun dari tingkat satu bangunan itu dalam keadaan masih terikat dan bogel bagi melarikan diri selepas dirogol seorang lelaki itu.//BHarin ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/SktRrD/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
