MOHD Azlan Edrus membantu Kelantan meletakkan sebelah kaki ke 
perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja apabila menjaringkan kedua-dua 
gol pasukannya untuk menewaskan Terengganu 2-0 pada separuh akhir 
pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Penyerang Kelantan itu menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-61 
apabila mudah menguis bola ke dalam gawang apabila penjaga gol tuan 
rumah, Badrul Hafzan Talib gagal menangkap kemas bola hasil tendangan 
sudut Nape Mohd Sabry, sebelum mengulangi gaya hampir sama untuk gol 
keduanya pada minit ke-80. 

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada separuh akhir kedua di Stadium 
Sultan Mohd ke-IV Ahad ini. 

Terengganu yang menguasai sebahagian besar perlawanan seharusnya 
mempersalahkan diri kerana mensia-siakan dua peluang keemasan 
menjaringkan gol.

Pemenang saingan separuh akhir antara Terengganu dan Kelantan itu 
akan menentang pemenang satu lagi separuh akhir antara Angkatan 
tentera Malaysia (ATM) dan Kedah.

ATM menewaskan Kedah 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di 
Stadium Hang Jebat Ahad lalu dan kedua-dua pasukan akan bertemu untuk 
separuh akhir kedua di Stadium Darulaman Ahad ini.//BHarian






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/SktRrD/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke