KOTA BHARU: Pengusaha kuih tradisional di Kelantan dijangka menghadapi semula masalah bekalan gula apabila mereka sukar mendapatkan bahan itu berikutan pemborong menerima bekalan berkurangan daripada pekilang sejak minggu lalu.
Keadaan itu membebankan kira-kira 200 pengusaha kuih tradisional di negeri ini yang biasanya memerlukan kira-kira 1,000 kilogram gula kasar bagi kegunaan sepanjang Ramadan untuk membuat pelbagai jenis kuih tradisional. Pemborong gula yang enggan namanya disiarkan berkata, sejak minggu lalu premisnya tidak lagi menerima bekalan gula mencukupi berbanding sepanjang Ogos lalu. Berikutan itu, katanya, pihaknya terpaksa mengurangkan agihan kepada peruncit bagi memastikan bekalan gula untuk Ramadan mencukupi. "Berdasarkan maklumat, beberapa pasar raya di bandar ini kini mula mencatu bekalan kepada pelanggan yang membenarkan hanya satu hingga dua kilogram bagi setiap pembeli," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Baru-baru ini, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mencatatkan 33 kes rampasan gula membabitkan sejumlah 15.9 tan bernilai RM22,879 sejak isu kekurangan gula dilaporkan, Mac lalu. Rampasan itu daripada pengusaha kedai runcit, pasar raya dan pemborong yang cuba menyembunyikan gula dipercayai bagi mengaut keuntungan berikutan kekalutan pengguna mendapatkan bahan itu sejak isu gula berlaku. Berikutan itu, catuan pembelian gula itu adalah inisiatif pengusaha sendiri yang melaksanakan sistem berkenaan bagi memastikan pengguna tidak membeli bahan secara berlebihan. Langkah catuan dipercayai boleh membantu mengelak pemborong dan pihak tertentu menyorokkan bekalan untuk tujuan spekulasi termasuk diseludup ke negara jiran. Setakat ini, ada 2,700 pemborong di seluruh negara termasuk 380 di Kelantan yang sebelum ini diarah mengagihkan bekalan mengikut tiga segmen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna iaitu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pasaran domestik dan eksport. Seorang pengusaha dari Jalan Merbau, di sini, Mohd Sobri Mat Zain, 37, berkata kilang kuihnya menghadapi masalah bekalan gula sejak dua minggu lalu. Katanya, bagi memastikan pengeluaran kuih tradisionalnya termasuk akok, jala mas, buah tanjung dan piana yang sepenuhnya menggunakan gula kini terpaksa beralih kepada gula halus yang dibeli pada harga RM1.80 sekilogram berbanding gula kasar RM1.60. Ezame Mohd Azmi, 22, berkata sebagai pengeluar kuih tradisional sejak lebih 20 tahun lalu, premisnya turut menghadapi masalah bekalan dan bimbang ia berterusan sehingga Ramadan ini. "Kilang saya sebelum ini biasa menerima bekalan gula kira-kira 200 kampit atau 4,800 kilogram untuk tempoh sebulan tetapi kini hanya 50 kampit atau 1,200 kilogram dan ia menjejaskan pengeluaran terutama untuk Ramadan kerana menerima banyak tempahan," katanya.//BHarian ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/TktRrD/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
