DERITA seorang ibu tunggal yang tidak mampu menyara persekolahan 10 
anaknya kerana kemiskinan, mendorong sekumpulan pelajar Malaysia yang 
menuntut di United Kingdom (UK) dan Ireland, tampil menyumbang 
berbakti ketika pulang bercuti di tanah air.

Menerusi Projek Kelsom sempena nama ibu tunggal terbabit, Kelthom 
Abdullah, mereka mengendalikan program bercorak motivasi dan 
kemahiran belajar selama seminggu kepada 128 pelajar Tingkatan Empat 
di Kelantan.

Ketua projek itu, Ahmad Fahmi Mohd Saldi, berkata program itu 
diadakan di Maktab Sultan Ismail (SIC) yang pernah melahirkan ramai 
cendekiawan anak negeri berkenaan.

Beliau berkata, Projek Kalsom adalah cetusan idea sekumpulan pelajar 
yang bernaung bawah United Kingdom Executive Council (UKEC) selepas 
membaca keratan akhbar mengenai kisah penderitaan ibu tunggal itu di 
Dewan Malaysia UK, lebih 10 tahun lalu.

Katanya, laporan akhbar itu memaparkan kedaifan hidup Kalsom sebagai 
ibu tunggal yang tidak mampu menyara persekolahan semua anaknya 
lantaran kesempitan hidup. 

Projek dikendalikan 46 fasilitator di kalangan pelajar Malaysia yang 
menuntut dalam pelbagai bidang di UK dan Ireland itu dibiayai 
pelbagai badan korporat, termasuk Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK).

Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che 
Salleh, ketika merasmikan penutupan projek itu, meminta YKK mengesan 
ibu tunggal terbabit yang dipercayai berada di Machang, Kelantan.

"YKK diharap dapat mengesan ibu tunggal ini untuk diketengahkan kisah 
hidupnya agar dijadikan panduan masyarakat hari ini. Kisahnya juga 
telah mencetuskan semangat pelajar kita di luar negara untuk pulang 
berbakti," katanya.

Beliau berkata, ibu tunggal dipercayai mempunyai 10 anak itu tidak 
diketahui latar belakangnya hingga kini, kecuali menerusi laporan 
akhbar yang dibaca di UK lebih 10 tahun lalu.

Seorang peserta, Nursyahirah Mohd Nawi, dari Sekolah Menengah 
Kebangsaan Sri Gunong, Bachok, berterima kasih kerana dipilih 
menyertai program kecemerlangan pelajar itu.//BHarian






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/WktRrD/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke