Kerjasama tiga tahun TM, kerajaan di Jeli buka mata pelajar, masyarakat mengenai jurang digital
JELI: Usaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) menjalankan projek sekolah angkat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas di sini, meninggalkan kesan mendalam kepada warga sekolah serta masyarakat setempat. Sekolah angkat itu kini menjadi asas ke arah melahirkan generasi celik ICT dan komputer menerusi projek selama tiga tahun yang dijangka berakhir pada penghujung tahun ini. Pelbagai perubahan dinikmati dalam bentuk pembangunan infrastruktur, kemahiran dan kompetensi ICT di kalangan pelajar, guru dan masyarakat setempat sepanjang tempoh itu. Pengetua SMK Ayer Lanas, Mat Zali Hamat, berkata hakikatnya sekolah itu kini boleh berdikari untuk berfungsi sebagai nukleus pembangunan ICT di daerah Jeli. Beliau berkata, sebagai contoh sekolah itu menduduki tempat ke empat pertandingan mereka laman web sekolah peringkat Kelantan pada 2005 dan tempat ketiga dalam pertandingan sama tahun ini. "Kegiatan dilaksanakan selama tiga tahun itu termasuk kelas ICT, aplikasi internet, bengkel penyelenggaraan komputer dan kursus membangun laman web. "Selain itu, kementerian dan TM menganjurkan lawatan akademik, seminar kecemerlangan pelajar dan pameran produk terbaru menerusi karnival ICT," katanya. Mat Zali berkata, projek sekolah angkat itu menimbulkan kesedaran kepentingan ICT di kalangan masyarakat luar bandar dan kesan terhadap pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi. Pengurus Besar TM Retail Kelantan, Mohd Ariffin Che Man, pula berkata projek itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat TM yang dilaksanakan menerusi pendekatan tiga penjuru. Katanya, pendekatan dan amalan itu adalah untuk membantu bidang pendidikan, pembangunan sukan dan kegiatan pembangunan masyarakat. "TM akan terus berfungsi menyumbang ke arah kebajikan masyarakat bertujuan merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dengan luar bandar dan kami gembira projek ini sempurna selepas tiga tahun dilaksanakan," katanya. Penduduk setempat, Omar Ismail, 55, turut menyarankan supaya SMK Ayer Lanas terus menghasilkan pelajar cemerlang dan mahir dalam menguasai ICT sebagai persediaan menghadapi cabaran global pada masa depan. Beliau berkata, pelajar harus merebut peluang memajukan diri, keluarga dan masyarakat dengan ada persekitaran pembelajaran teknologi kondusif yang diwujudkan menerusi projek berkenaan. "Saya percaya SMK Ayer Lanas mampu bersaing bagi mengharungi era digital dan menguasai ICT demi kepentingan masa depan bangsa serta negara. "Langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan merealisasikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara berstatus maju dan celik ICT dalam semua aspek kehidupan menjelang 2020," katanya. FAKTA Projek Sekolah Angkat ICT SMK Ayer Lanas jadi sekolah angkat sejak 2004. Projek cetusan Program Sehari Bersama Pelanggan TM di Jeli pada 2003. Projek pertama Telekom Malaysia di negara ini. Kemudahan kamar siber dengan 11 set komputer lengkap akses internet jalur lebar serta Tmnet Streamyx percuma. //BHarian ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/TktRrD/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
