BACHOK: Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat bakal menjadi zon sifar
rumah penduduk miskin di Kelantan menjelang akhir tahun ini, kata
Ahli kawasan berkenaan, Datuk Dr Elias Hussein.
Beliau berkata, matlamat itu akan tercapai apabila kerajaan Barisan
Nasional (BN) berjaya menyiapkan sepenuhnya 200 rumah penduduk miskin
di bawah Projek Kesejahteraan Rakyat membabitkan peruntukan RM250,000
akhir tahun ini.
Katanya, ketika ini pihaknya sedang menyiapkan kerja membaiki,
membaik pulih dan membina rumah baru penduduk miskin yang dimulakan
sejak awal tahun ini.
"Kita yakin kawasan DUN Jelawat akan menjadi zon sifar rumah penduduk
miskin di negeri ini apabila kerja membina rumah terbabit siap
sepenuhnya akhir tahun ini," katanya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Kemajuan Kelantan (MKK)
berkata demikian ketika mengetuai gotong royong membina sebuah rumah
penduduk miskin di Kampung Bukit Batol, Teratak Pulai, dekat sini,
semalam.
Gotong royong membina rumah seorang ibu tunggal, Lijah Abdul Rahman,
membabitkan 24 pelajar dan kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBM) dan penduduk kampung. Hadir sama, Pengarah IKBM Bachok, Nik
Ismail Nik Yusoff.
Dr Elias berkata, menerusi projek kesejahteraan rakyat itu, kerja
membina rumah itu diadakan setiap minggu.
"Untuk mempercepatkan program itu, kami menyediakan peruntukan
RM5,000 bagi setiap rumah," katanya.
Sementara itu, Lijah bersyukur pihak berkenaan berjaya membaik pulih
rumahnya yang dibina arwah suaminya, Awang Salleh, 70, 11 tahun lalu.
"Makcik selalu terpaksa menumpang rumah jiran apabila hujan kerana
rumah makcik sentiasa bocor bila hujan," katanya yang kini tinggal
bersama anak bongsunya, Ismail Awang, 27, yang bekerja sambilan
sebagai buruh binaan di kampung itu.
Katanya, beliau hanya menerima bantuan bulanan RM100 daripada
Jawatankuasa Kemajuan Masjid Mukim Bachok, dan tidak mendapat
sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.//Bharian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/