Oleh : Ali Hanafiah Mohamed
Kuala Lumpur, 13 September - Majlis dialog bersama Exco Kelantan di Kelab Century Paradise, Taman Melawati Hulu Kelang pada 23 September ini akan disiarkan secara langsung oleh TV Kelantan melalui laman web www.kelantan.tv. Sebelum ini majlis tersebut dijadual akan berlangsung pada 16 September namun ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
 
Program yang akan bermula jam 2.00 petang itu dijangka akan dihadiri oleh ahli Exco Kerajaan Kelantan antaranya Nik Mohd Amar Abdullah, Abdul Patah Mahmood dan Takiyuddin Hassan.
 
Pengerusi portal anak Kelantan perantauan (www.perakan.net), Wan Johari Wan Omar berkata, petugas IT dari Perakan Net dengan kerjasama krew IT dari Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) akan menyiarkan sidang dialog tersebut secara langsung menerusi TV Kelantan untuk kemudahan orang ramai yang tidak berkesempatan menghadiri majlis tersebut.
 
Wan Johari juga berkata, selain ucapan ahli exco serta sesi dialog, pihaknya juga akan menyusun program bicara semasa dan temubual bersama kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan pada sesi tertentu yang akan disusun nanti.
 
Sehubungan itu beliau mengharapkan orang ramai terutama anak Kelantan perantauan yang tinggal berdekatan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama dalam majlis tersebut.
 


Stay in the know. Pulse on the new Yahoo.com. Check it out. __._,_.___


SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke