KUALA LUMPUR, 23 Sept.: Pengerusi Jawatankuasa Penerangan,
Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohamad Amar Abdullah menggesa
anak-anak Kelantan yang berada di seluruh negara, khususnya di Lembah
Kelang, pulang mengundi ke Kelantan pada pilihan raya umum akan
datang.
"Kita harap seluruh Anak Kelantan Perantauan dapat balik untuk
meengundi di Kelantan pada pilihanraya akan datang," katanya dalam
dialog dengan Anak Kelantan Perantauan di Kelab Century Paradise, di
sini.
Beliau juga berkata, Kerajaan negeri Kelantan tidak akan
mempergunakan mahasiswa dalam usaha meraih sokongan di Kelantan
sebagaimana yang dilakukan Umno.
Nik Amar Abdullah, berkata kerajaan negeri mempunyai pelbagai agenda
serta perancangan dalam usaha mengukuhkan kerajaan negeri tanpa
penglibatan mahasiswa.
"Kita tidak berhasrat melibatkan golongan mahasiswa kerana tidak mahu
mereka terheret dalam kancah politik. Kita juga tidak mahu jadi
seperti Umno yang terang-terangan dan terbuka menggunakan golongan
itu untuk menyokong mereka," tegas beliau kepada Harakahdaily.
Tegas beliau, kerajaan negeri membuka ruang kepada mahasiswa untuk
membuat pilihan sendiri berdasarkan intelektual yang dimiliki dan
tidak memaksa mereka.
Beliau berkata demikian selepas majlis dialog bersama Anak Kelantan
di Perantauan, di Kelab Century Paradise, Melawati, semalam sebagai
mengulas pertemuan Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
(TTNC HEP) bersama, Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed
dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Annuar Musa, di
UiTM Kelantan, semalam.
Difahamkan, pertemuan TTNC HEP 17 IPTA seluruh Semenanjung itu
merupakan arahan daripada Mustapa yang juga Menteri Pengajian Tinggi
sebagai satu agenda untuk menawan Kelantan dalam pilihan raya umum ke-
12.
Nik Amar berkata kerajaan sedang giat berusaha untuk mengukuhkan
kerajaan dengan menyediakan peruntukan kepada golongan miskin dan
yang memerlukan, di samping menyanggah propaganda Umno.
Majlis dialog tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyudin Hassan; Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood
dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman
Yunus.
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/