Oleh : Ali Hanafiah Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Sept - Peranan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan adalah amat besar sehingga boleh mengubah senario politik negeri Kelantan sekiranya mereka pulang ke Kelantan dalam menunaikan tangungjawap sebagai pengundi.
 
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd Amar Abdullah yang juga mewakili Menteri Besar Kelantan berkata, anak-anak Kelantan yang berada di perantauan khususnya di sekitar Lembah Kelang seharusnya pulang ke Kelantan untuk mengundi dalam pilihanraya umum yang akan datang.
 
“Kerajaan Negeri berharap, anak-anak Kelantan di perantauan boleh memainkan peranan yang sewajarnya untuk membantu negeri Kelantan supaya tampuk pemerintahan negeri dipegang oleh mereka yang meletakkan agama sebagai dasar pemerintahan” tegas Nik Mohd Amar
 
"Kita berharap mereka tahu kepentingan sebagai pengundi terutama kewajipanya dalam konteks hukum syarak. Kita juga boleh menyediakan pengangkutan dan pelbagai kemudahan yang perlu untuk membawa mereka pulang ke Kelantan untuk mengundi ” katanya lagi
 
Beliau berkata demikian semasa majlis dialog Exco Kerajaan Kelantan bersama Anak Kelantan Perantauan di Kelab Century Paradise Taman Melawati di sini yang dianjurkan oleh www.perakan.net semalam.
 
Majlis dialog yang disiarkan secara langsung melalui Kelantan TV itu turut diikuti oleh warga Kelantan seluruh pelusok dunia termasuk dari Timur Tengah, USA, Itali dan Australia.
 
Sementara itu beliau berkata Kerajaan negeri Kelantan tidak akan mempergunakan mahasiswa dan tidak akan mengheret mahasiswa dalam kancah politik dalam usaha meraih sokongan sebagaimana yang dilakukan parti lain kerana pihak kerajaan negeri mempunyai pelbagai agenda dan perancangan dalam usaha mengukuhkan kerajaan negeri tanpa penglibatan mahasiswa.
 
“Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang boleh membuat pilihan sendiri berdasarkan intelektual yang dimiliki bagaimana memainkan peranan mereka dalam arus politik Negara” kata Nik Mohd Amar.
 
Majlis dialog tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyudin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan,  Abdul Fattah Mahmood, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus, Presiden Penaja Persatuan Anak Kelantan Perantauan; Che Arifin Mahmood dan beberapa pegawai kerajaan negeri.
 


All-new Yahoo! Mail - Fire up a more powerful email and get things done faster. __._,_.___


SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke