KOTA BHARU, 14 Sept - Wanita Kelantan mampu menjadi usahawan berjaya
sekiranya diberi tunjuk ajar dan bantuan modal. Malah, mereka juga
boleh menghasilkan produk sehingga menembusi pasaran global.
Inilah hakikat yang cuba dibuktikan Pusat Perkembangan Wanita
Kelantan (PPWK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Chondong. Mereka
kini berusaha meneroka pasaran di China dan Timur Tengah.
Adun Pulai Chondong, Haji Zulkifli Mamat berkata, pihaknya berhasrat
memperluaskan lagi pasaran produk biskut dan kuih yang dihasilkan
PPWK terbabit ke luar negara memandangkan sambutannya cukup
menggalakkan sekarang.
"Untuk peringkat pertama, produk seperti kuih-muih telah berjaya
mendapat tempahan dari Singapura, di mana sebanyak 10,000 paket akan
dihantar pada awal Ramadan ini," katanya di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian
dan Sumber Manusia negeri berharap Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat turut sama membantu PPWK terbabit.
Setakat ini, menurutnya Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Haji
Zahari Awang telah melawat kilang milik PPWK Pulai Chondong dan
bersetuju menyalurkan bantuan dari segi moral dan latihan.
"Jabatan Pertanian Kelantan juga menyatakan persetujuan untuk
mengembangkan program PPWK dalam Kumpulan Pembangunan Wanita yang
dikendalikan di bawah jabatan tersebut," ujarnya.
Zulkifli juga melahirkan rasa syukur di atas kesungguhan ahli-ahli
PPWK Dun Pulai Chondong sehingga berjaya memasarkan produk yang
dikeluarkan ke luar negara.
Beliau juga berkata, PPWK berkenaan sedang berusaha mendapatkan sijil
Good Manufacturing Practice (GMP) bagi membolehkan kilang berkenaan
meningkatkan lagi tahap operasinya.
Pengurus PPWK Dun Pulai Chondong, Rohani Kadir berkata, pihaknya
terpaksa bekerja keras untuk memenuhi tempahan pelanggan yang kini
sudah mencecah hampir 40,000 paket biskut raya.
Kata beliau, PPWK Pulai Chondong juga menerima tempahan dari Negeri
Sembilan dan Pulau Pinang yang juga berjumlah 10,000 paket.
"Selain luar Kelantan, kita juga turut menerima tempahan individu
yang sanggup memasarkan produk kita termasuk daripada agensi kerajaan
di Machang," ujarnya.
Manakala orang ramai yang berminat membuat tempahan kuih sempena
sambutan Hari Raya Aidilfitri boleh menghubungi Rohani di talian 019
930 9133.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/