Noor Azlina Awang.

BACHOK 14 Sept. – Seorang ibu muda yang hamil tiga bulan dibunuh kejam dengan enam kesan tikaman, di sisi anak sulungnya berusia 11 bulan di rumah mereka, di Kampung Pantai Senok, di sini hari ini.
 
Mayat mangsa, Noor Azlina Awang, 27, ditemui terbaring di ruang tamu oleh keluarganya kira-kira pukul 12 tengah hari dengan anaknya, Mohd. Ikhwan Hakimi Rosli yang turut berlumuran darah ibunya dan sedang menangis sambil menepuk-nepuk bahu ibunya.
Tangisan yang tidak henti-henti bayi tersebut membawa kepada penemuan mayat mangsa yang berlumuran darah dengan sebahagian mukanya ditutup dengan karpet.
 
Mangsa dipercayai dibunuh ketika bergelut dengan seseorang yang menceroboh masuk ke rumahnya dengan motif mencuri, berdasarkan beberapa barang kemas dan wang milik mangsa hilang.
Kakak ipar mangsa, Khatijah Ismail, 32, yang bergegas ke rumah berkenaan setelah dimaklumkan oleh jiran-jiran dan mendapati mangsa terbaring dengan enam kesan tikaman di belakang.
 
“Ketika saya sampai, saya lihat seluar dan baju Mohd. Ikhwan dipenuhi darah ibunya dan dia menangis sambil menepuk-nepuk bahu ibunya,’’ katanya yang ditemui di tempat kejadian, hari ini.
 
Dia yang tinggal kira-kira 100 meter dari rumah mangsa kemudiannya mendapati Noor Azlina sudah tidak bernyawa dan terus mengambil bayi itu sebelum menghubungi suami mangsa, Rosli Ismail, 28.
Rosli, seorang tukang rumah ketika itu berada di tempat kerja tidak jauh dari rumahnya.
 
“Ketika saya masuk ke rumah itu saya dapati Noor Azlina dalam keadaan terbaring dan badannya penuh dengan darah.
 
“Saya terus mengambil Mohd. Ikhwan dan berlari keluar untuk memaklumkan kepada ahli keluarga lain mengenai kejadian yang menimpa mangsa.
“Pada mulanya saya sangka kanak-kanak itu mengalami kecederaan tetapi setelah membuat pemeriksaan mendapati darah itu adalah darah ibunya,” katanya.
 
Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok ketika ditemui berkata, kejadian itu disedari seorang jiran yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa.
 
“Hasil pemeriksaan ke atas mayat itu, kita mengesan enam tikaman di belakang badan, selain beberapa kesan tikaman di bahagian kaki dan tangan mangsa,” katanya.
 
Beliau percaya berlaku pergelutan antara suspek yang dipercayai menceroboh rumah mangsa untuk mencuri sebelum penceroboh itu bertindak membunuhnya dengan senjata tajam.
 
“Setakat ini kita tidak menjumpai sebarang senjata yang digunakan suspek, tetapi kita percaya mangsa mengenali suspek yang mendorong dia bertindak membunuhnya.
 
“Siasatan awal mendapati ada beberapa barang berharga milik mangsa hilang dalam kejadian ini.
 
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (HRPZII) untuk bedah siasat,” katanya.
 
Menurut jurucakap itu lagi, sehingga kini pihaknya belum mengenal pasti suspek dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 dan 392 Kanun Keseksaan iaitu kerana kesalahan membunuh dan samun.//Utusan

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com __._,_.___


SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke