Gunung Reng semakin sepi


Keunikan lima gua semula jadi dengan kesan hakisan batu menyerupai patung wanita bersalin, patung bidan, kolam mandi, taman bunga dan tempat pertapaan terbiar

JELI: Gunung Reng kira-kira 15 kilometer dari pekan Jeli adalah lokasi peninggalan sejarah dan sebelum ini sering menjadi tumpuan pengunjung untuk beristirahat serta menjalankan kajian ekologi.

Kawasan itu turut menempatkan lima gua semula jadi dengan kesan hakisan batu menyerupai patung wanita bersalin, patung bidan, kolam mandi, taman bunga dan tempat pertapaan serta pemujaan.

Namun, di sebalik segala keunikan dan keindahan terbabit, Gunung Reng kini semakin terbiar sebarang usaha pemuliharaan dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tinjauan Berita Harian mendapati tempat yang sebelum ini pernah tersenarai dalam peta pelancongan Kelantan, kini kian sepi tanpa kunjungan orang ramai sama ada pada hari minggu dan cuti umum.

Beberapa kemudahan asas yang disediakan di kawasan terbabit tidak dijaga, malah sebahagian daripadanya rosak teruk, kawasan persekitaran kaki gunung itu dipenuhi semak samun.

Seorang pengunjung, Ahmadi Shaari, 43, berkata Gunung Reng adalah antara destinasi pelancongan terkenal di Kelantan dan tidak wajar dibiarkan dalam keadaan menyedihkan.

"Tempat ini ada tarikan sejarah dan terletak pula di tepi laluan Jalan Raya Timur Barat, sekali gus boleh menjadi lokasi penggunanya berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Amat rugi bagi industri pelancongan tempatan jika Gunung Reng terus dibiarkan begini kerana ia tidak dapat lagi menarik perhatian orang ramai berkunjung ke sini.

“Saya harap kemudahan asas yang rosak segera dibaik pulih dan persekitarannya dibersihkan supaya lebih terurus," katanya yang datang dari Tumpat bersama keluarga untuk beristirehat.

Penduduk kampung, Zulkiflee Hashim, 42, menyarankan Kerajaan Kelantan dan Majlis Tindakan Pelancongan lebih proaktif memajukan industri pelancongan dengan mengindahkan semula Gunung Reng.

Katanya, jika dipulihara, Gunung Reng boleh kembali menjadi produk pelancongan negeri ini, manakala penduduk boleh menikmati limpahan ekonomi daripadanya.

"Sebagai penduduk Jeli, saya rasa malu apabila melihat Gunung Reng yang tercatat antara destinasi pelancongan Kelantan, kini indah khabar dari rupa," katanya.

Pengunjung, Omar Ismail, 35, berkata, kawasan pergunungan, air terjun, gua dan hutan kini semakin menjadi pilihan pelancong berbanding kawasan pantai kerana keindahan alam semula jadi masih terpelihara.

"Udara bersih, persekitaran yang damai sambil kedengaran kicauan burung dan unggas memberi kepuasan dan ketenangan kepada pengunjung bersama keluarga untuk beristirahat," katanya.

Fakta: Sejarah Gunung Reng

  • Gunung Reng terletak di Kampong Tala.

  • Dikatakan dibuka pahlawan Jawa dikenali Tok Tadeh.

  • Didakwa menjadi kediaman sementara Puteri Saadong.

  • Menempatkan Gua Badak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak
  • //BHarian

    Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com __._,_.___


    SPONSORED LINKS
    Malaysia florist Florist malaysia

    Your email settings: Individual Email|Traditional
    Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
    Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
    Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

    __,_._,___

    Kirim email ke