JOHOR BAHRU: Semua tiket bas ekspres dari sini menuju ke pantai Timur 
untuk sambutan dwi-perayaan Deepavali dan Aidilfitri habis dijual.

Tinjauan Berita Harian di Terminal Pengangkutan Awam Larkin mendapati 
semua kaunter bas ekspres utama sudah menampal notis bagi memaklumkan 
tiket ke destinasi pantai Timur, khususnya Terengganu dan Kelantan 
sudah habis dijual.

Bagaimanapun, tiket dari 17 hingga 24 September hanya membabitkan 
perjalanan bas ekspres dan bukannya bas tambahan.

Harga tiket bas ekspres untuk perjalanan Johor Bahru ke Kota Bahru 
ialah RM49.20 serta RM62 untuk kelas perniagaan; Kuala Terengganu 
(RM34), Kuantan (RM20.40) dan Kuala Lumpur (RM24).

Bagaimanapun, 'ulat' tiket di terminal berkenaan masih menawarkan 
tiket perjalanan ke Pantai Timur pada tarikh berkenaan tetapi pada 
harga dua kali ganda lebih tinggi daripada biasa.

Seorang petugas kaunter tiket Transnasional Sdn Bhd, Suhada Abdul 
Razid, berkata semua tiket ke destinasi Pantai Timur dijual habis di 
kaunter berkenaan sejak akhir bulan lalu.

Beliau berkata, bagi memaklumkan kehabisan tiket, syarikat berkenaan 
sudah menampal notis pemberitahuan bagi memudahkan orang ramai 
mendapatkan tiket di kaunter bas lain.

"Kehabisan tiket ini perkara biasa, khususnya bagi destinasi Pantai 
Timur setiap kali menjelang musim perayaan," katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan bas ekspres yang enggan dikenali 
berkata, kebanyakan pengusaha bas ekspres bersedia untuk menyediakan 
bas tambahan sekiranya ada permintaan daripada pengguna.

Beliau berkata, bagaimanapun syarikat bas terpaksa berdepan dengan 
pelbagai masalah apabila menyediakan perkhidmatan bas tambahan 
berikutan sukar mendapat permit.//BHarian






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke