KOTA BAHARU, 26 Sept - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama)
akan menjadikan 245 buah pasar tani di seluruh negara sebagai pasar
tani khas Aidilfitri menjelang hari lebaran itu.
Timbalan Ketua Pengarah Fama Samah Hassan berkata melalui pasar tani
khas itu orang ramai akan memperoleh pelbagai keperluan hari raya
dengan mudah tanpa perlu ke tempat lain.
"Semua pasar tani itu akan membuat jualan khas Aidilfitri bagi
keperluan umat Islam menjelang hari raya. Pasar tani khas Aidilfitri
akan menjual pelbagai barang keperluan hari raya termasuk pakaian,
makanan dan kuih muih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan
Pasar Tani Ramadan di Stadium Sultan Muhammad Keempat di sini, hari
Isnin.
Pasar tani biasa menjual pelbagai keperluan harian termasuk pakaian,
makanan dan minuman manakala pasar tani Ramadan menjual pelbagai kuih
muih dan lauk pauk.
Katanya selain memasarkan hasil petani, pasar tani juga menjadi pusat
promosi produk-produk yang diusahakan oleh petani dan pengusaha
tempatan.
"Melalui pasar tani, pengusaha dapat mempromosikan hasil mereka
kepada orang ramai dengan mudah," katanya.
Dua pasar tani Ramadan di Kelantan iaitu di Stadium Sultan Muhammad
Keempat dan di Pasir Tumbuh di sini menghasilkan jualan juadah
berbuka puasa lebih RM1.2 juta tahun lepas.
Sementara itu, Pengarah Fama Kelantan Basri Jasmo berkata dijangka
RM1.5 juta dapat dipasarkan oleh peserta pasar tani Ramadan di
Kelantan tahun ini, iaitu meningkat sebanyak RM0.3 juta daripada
tahun lepas.
Beliau berkata jumlah itu bertambah berikutan pertambahan bilangan
peserta yang terlibat dalam memasarkan hasil sendiri terutama makanan.
"Kita harap dengan pertambahan bilangan peserta lebih banyak lagi
hasil yang dapat dijual sepanjang Ramadan ini," katanya.//Bernama
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/