KOTA BHARU: Hasrat seorang peninju tomoi menjadi juara sukan itu
tidak kesampaian apabila dia rebah kira-kira lapan saat sebelum
pertandingan berakhir dan meninggal dunia di Hospital Universiti
Sains Malaysia (HUSM), semalam.
Mangsa warga Thailand, Rusuwan Abdul Rahman, 21, koma selama dua hari
selepas pertandingan Ahad lalu dan meninggal kira-kira jam 9.50 pagi
semalam akibat cedera parah di kepala.
Rusuwan yang rebah ketika menyertai pertandingan di dewan Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Long Gafar, di sini, kira-kira jam 10 malam
itu, dikejarkan ke HUSM oleh orang ramai, sebaik mendapati beliau
pengsan.
Ketika kejadian, Rusuwan dikatakan sedang berlawan dengan seorang
peserta dari Songkhla, Thailand dan dipercayai terkena tumbukan di
bahagian kepala lalu terjatuh.
Orang ramai termasuk penyokongnya terkejut apabila mangsa terjatuh
dan pengsan kerana perlawanan itu hanya tinggal lapan saat lagi untuk
berakhir.
Isteri mangsa, Malina Nus, 21, berkata ketika jatuh, suaminya sempat
memberitahu kepalanya sakit sebelum pengsan.
"Ketika kejadian, saya berada di rumah sewa di Wakaf Bharu dan
dimaklumkan oleh rakannya kira-kira jam 11 malam. Saya bergegas ke
HUSM untuk melihat keadaannya. Ketika itu, dia sudah tidak sedar
sehinggalah meninggal dunia pagi ini," katanya ketika ditemui di
perkarangan rumah mayat HUSM, di sini, semalam.
Malina berkata, beliau ke Kelantan bersama suaminya sejak 27 Oktober
lalu kerana suaminya menyertai beberapa pertandingan tomoi di negeri
ini.
Bapa mangsa, Abdul Rahman Hassan, 48, berkata beliau terkejut selepas
dihubungi saudaranya yang memaklumkan anak sulungnya meninggal dunia
ketika menyertai pertandingan tomoi di Kota Bharu.
"Saya sekeluarga bergegas ke Kota Bharu untuk menuntut jenazah anak
saya dan akan membawanya pulang ke Kampung Tanjung Luluk, Pattani,
hari ini (semalam)," katanya.
Katanya, anaknya meminati sukan tomoi dan sehingga kini sudah
menyertai beberapa perlawanan yang diadakan di seluruh negara.
Beliau berkata, Rusuwan yang terkenal dengan panggilan `Wandek' sudah
lama dikenali oleh peminat sukan itu sejak lebih lima tahun.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd Rafar ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu,
semalam.//Bharian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/