Tumpat: Pegawai Waren 1 (Bersara) Tn. Hj. Abdullah bin Yusoff telah 
kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat yang mulia 18 November 2006 
di Hospital Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan dipercayai akibat 
daripada penyakit yang dihidapinya beberapa bulan sebelum ini.

Tn. Hj Abdullah bin Yusoff meninggal pada usia pertengahan 60-an 
sebelum ini melalui beberapa pengalaman hidup yang pelbagai.
Menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 60 -an , kemudian 
bertugas di Kor Ajar ATM sehingga dinaikkan pangkat ke Pegawai Waren 
1 sebelum bersara sekitar awal tahun 1990-an. Setelah bersara beliau 
bertugas sebagai guru sepenuh masa di SJK Kg. Laut, Tumpat Kelantan 
sehingga bersara wajib beberapa tahun kemudiannya.

Setelah bersara Tn. Hj. Abdullah telah menumpukan masanya kepada 
kegiatan sukarela di Kampung Kok Pasir dan di Daerah Tumpat. Beliau 
merupakan salah seorang pengasas Tabung Khairat Kematian Kok Pasir 
pada tahun 1997. 

Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Masjid Kok Pasir sejak lebih 
sepuluh tahun dulu hinggalah ke saat pemergiannya. PW1 Hj. Abdullah 
juga telah dilantik sebagai Bendahari GDW Kok Pasir yang banyak 
menumpukan masanya untuk kebajikan dan keceriaan kampung serta 
berikhtiar untuk menjaga nama baik kampung.

Beliau telah juga diberi kepercayaan untuk menpengerusikan Community 
polissing di Kampung, turut dilantik sebagai Ajk KRT Mukim Kok Pasir, 
Penaja K-Bestari Kok Pasir, 

Bergiat aktif dalam pertubuhan Peladang kawasan, juga pernah menjadi 
Timbalan YDP PIBG SK Kok Pasir untuk beberapa penggal.

Hj. Abdullah merupakan seorang sukarelawan yang sukar ditandingi di 
Kampung Kok Pasir kerana beliau sangat mengambil berat tentang 
kebajikan masyaarakat kampung dan bersedia menyumbang tenaganya. 
Beliau akan menghadiri hampir kesemua rumah di Kampung kediaman yang 
ada kematian dan membantu mengurusnya. 

Sebagai Ketua Sektor 1 Tabung Kebajikan (Khairat Kematian) yang juga 
ditugaskan sebagai penyimpan peralatan pengkebumian , beliau akan 
terus membawa segala peralatan tersebut ke rumah si mati bagi 
memudahkan urusan tuan rumah. 

Beliau seorang yang sangat mudah dibuat kira bicara dan tidak mengira 
fahaman politik dalam soal-soal kerja kebajikan di kampung.//Pesisir



Kirim email ke