Peniaga Pasar Arked Uda dalam dilema belum ada lokasi baruu ntuk operasi kerana mereka diarah pindah akhir bulan depan
KOTA BHARU: Kira-kira 200 peniaga Pasar Arked Uda milik Perbadanan Uda Holding Bhd (Uda Holdings) di sini, mahu kerajaan negeri mengotakan janji mencari tapak ganti berikutan arahan pemindahan mereka akhir bulan depan. Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Arked Uda, Borhan Mohd Noor, berkata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Annuar Tan Abdullah, berjanji mencari tapak ganti penempatan mereka. Katanya, jaminan itu diberikan Annuar Tan ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri persatuan itu diadakan 14 November lalu yang dihadiri kira-kira 500 ahlinya. "Kita menghargai keprihatinan kerajaan negeri, khasnya Annuar Tan yang bersimpati terhadap nasib peniaga kecil di kawasan bandar ini yang kini semakin terpinggir. "Yang menambah nasib kami lebih malang, apabila Uda Holdings mengarahkan kami mengosongkan tapak perniagaan di sini, sedangkan tiada tempat lain untuk berniaga," katanya di sini, semalam. Borhan yang juga peniaga kain berkata, pihaknya sudah mengemukakan masalah peniaga pasar itu kepada kerajaan negeri dan Annuar Tan pada perjumpaan dengan mereka menyatakan kesanggupan mencari tapak lebih strategik untuk mereka menjalankan perniagaan sama. "Kami pernah memohon lokasi depan Masjid Besar Muhammadi sebagai tapak baru perniagaan tetapi rayuan tidak dihiraukan. Sebelum ini, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mencadangkan kami berpindah ke tingkat satu tempat letak kereta bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). "Tempat itu bukan saja jauh daripada pandangan orang awam, malah uzur serta gelap yang diyakini lebih menjejaskan perniagaan kami sebagai peniaga kecil," katanya. Berita Harian sebelum ini melaporkan, nasib yang kini dihadapi kira- kira 200 peniaga kecil Pasar Arked Uda milik Uda Holdings di Jalan Sultanah Zainab, di sini ibarat hidup segan mati tak mahu. Mereka diarah mengosongkan gerai masing-masing oleh pengurusan Uda Holdings mulai akhir Disember ini selepas menjalankan perniagaan di situ sejak 20 tahun lalu.//BHarian --- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >Re: Peniaga Pasar Arked Uda dalam dilema > Arahan kosongkan gerai, berpindah ke tingkat dua bangunan PKINK boleh > jejas perniagaan > > KOTA BHARU: Hidup segan mati tak mahu! Demikian nasib yang dihadapi > kira-kira 100 peniaga kecil Pasar Arked Uda milik Perbadanan Uda > Holdings Bhd (Uda Holdings) di Jalan Sultanah Zainab, di sini. > > Nasib peniaga pasar lambak Uda itu kini bagaikan di hujung tanduk > selepas mereka dikehendaki mengosongkan gerai masing-masing oleh > pengurusan Uda Holdings, akhir Disember ini selepas menjalankan > perniagaan sejak kira-kira 20 tahun lalu. > > Bertambah malang, apabila aduan mereka kepada beberapa pemimpin > kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, > Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Annuar Tan Abdullah dan > Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan > dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Husam Musa tidak mendapat perhatian. > > Mereka kini dalam dilema dan tidak bersetuju jika dikehendaki > berpindah ke tempat baru seperti dicadangkan kerajaan negeri iaitu > tingkat dua, bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan > (PKINK). > > Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Arked Uda, Borhan Mohd Noor, 39, > berkata, tempat dicadangkan kerajaan itu tidak sesuai, malah boleh > menambahkan lagi perniagaan mereka terjejas. > > Ini, katanya, kawasan tempat bekas letak kereta itu terletak di > tempat tertutup selain menyukarkan orang ramai mengunjunginya. > > "Kami lebih selesa berniaga di kawasan lapang sesuai nama pasar > lambak yang terkenal di kalangan pelanggan pelbagai golongan khasnya > berpendapatan sederhana. > > "Kebanyakan kami sepenuhnya bergantung hidup daripada hasil berniaga > di sini termasuk bagi menyara keluarga dan keperluan lain," katanya > ketika ditemui di sini, semalam. > > Beliau berkata, peniaga pasar lambak ini tidak keberatan jika diarah > berpindah tetapi tempat baru itu seharusnya strategik dan sesuai > sebagai kawasan perniagaan. > > Shamsuddin Baharuddin, 46, berkata beliau berharap kerajaan negeri > menyelesaikan segera masalah dihadapi peniaga kecil ini dengan > mencari tapak baru sesuai untuk berniaga. > > "Sebelum itu Anuar Tan pernah memberi jaminan mencari tapak baru > sebagai ganti dalam perjumpaan dengan ahli iaitu di kawasan hadapan > Masjid Besar Muhammadi. > > "Bagaimanapun, saya dan peniaga lain terkilan apabila mendapati tapak > itu kini bakal dijadikan tempat meletak kenderaan pelancong dan > kawasan rekreasi yang kini dikenali sebagai Dataran Islam Safa Marwah. > > "Kami kini rasa terasing, tertekan dan tidak mendapat pembelaan > sewajarnya terutama selepas notis akhir untuk mengosongkan kawasan > ini ditetapkan Disember ini," katanya. > > Difahamkan, tapak lama pasar ini akan dirobohkan bagi membina > bangunan 22 tingkat lengkap dengan pusat membeli belah termasuk > kediaman jenis pangsapuri. > > Tinjauan Berita Harian di pasar itu baru-baru ini mendapati, banyak > premis di situ tidak beroperasi dan sebilangan peniaganya muram dan > tidak puas hati kerana tempat baru dicadangkan kerajaan tidak > memuaskan. > > Mohd Yusuf Mahardin, 42, berkata, walaupun perniagaannya di sini > semakin suram kerana kurang pengunjung tetapi masih kekal beroperasi > semata-mata untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga. > > "Jika kami ditempatkan di bangunan PKINK itu, kemungkinan tidak akan > bertahan lama kerana kawasan itu tertutup dan menyukarkan pengunjung > datang. > > "Saya harap kerajaan negeri menyediakan tempat baru yang munasabah > dan berpotensi maju bagi memastikan nasib kami sebagai peniaga kecil > di kawasan bandar dibela," katanya. > > Bagi Asmat Mohd Yasim, 47, berkata, sepanjang 15 tahun menjalankan > perniagaan kedai emas di sini, beliau mampu menyara keluarganya > walaupun memperoleh pendapatan antara RM200 hingga RM300 sehari. > > "Tetapi saya lebih rela berniaga di sini, daripada berpindah ke > bangunan PKINK yang malap, suram dan jauh dari pandangan orang > ramai," katanya.//Bharian >
