Begitulah perancangannya insyaAllah, namun setakat hari ni, dalam 
daerah MPKB-BRI masih tidak sepenuhnya dapat bekalan air paip hatta 
rumah YB sendiri, ramai penduduk masih menggunakan air perigi yg 
sesetengahnya agak keruh dan berbau kerana kesan dari tanah bendang 


--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> KOTA BHARU, 27 Nov - Seluruh negeri Kelantan bakal menerima bekalan 
> air bersih sepenuhnya yang dibekalkan oleh Syarikat Air Kelantan 
Sdn. 
> Bhd. (AKSB) menjelang tahun 2010.
> 
> Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Alam Sekitar, 
> Mejar (B) Mohd Anizam Abd. Rahman berkata, kerajaan negeri melalui 
> syarikat  AKSB meletakkan sasaran untuk menyiapkan semua projek 
> bekalan air bersih seluruh negeri menjelang 2010.
> 
> "Dengan siapnya projek-projek ini, insya-Allah seluruh rakyat akan 
> dapat menikmati bekalan air bersih secukupnya pada masa itu," 
katanya 
> menjawab soalan yang dikemukakan Adun Kok Lanas, Dato' Seri Annuar 
> Musa (BN) pada persidangan Dun baru-baru ini.
> 
> Tambah beliau, berkaitan dengan sumber air, setakat ini negeri 
> Kelantan tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkannya.
> 
> "Kerajaan negeri setakat ini tidak ada cadangan untuk menaikkan 
tarif 
> air yang dikenakan kepada pengguna walaupun beberapa negeri seperti 
> Selangor telah menaikan tarif air masing-masing," jelas Anizam 
> menjawab soalan tambahan daripada Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim 
> (PAS).
> 
> Setakat ini AKSB telah membelanjakan lebih RM300 juta melalui 
> pinjaman Kerajaan Pusat untuk menyiapkan projek-projek bekalan air 
> bersih seluruh Kelantan dan dijangkan pada tahun hadapan sebanyak 
> RM99.19 juta lagi akan dibelanjakan untuk  meneruskan projek 
bekalan 
> air.
> 
> Selain itu kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM1 juta 
> bagi melaksanakan program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di kawasan 
> desa yang tidak menerima bekalan air di bawah AKSB.//Hrkh
>


Kirim email ke