________________________________

        Subject: [ex-faris92] Siapa Derhaka??
        
        

        
BUKIT GANTANG : Mursyidul Am PAS, YAB.Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
mendedahkan 15bukti secara fakta bahawa UMNOlah penderhaka kepada Raja.
Pendedahan itu diucapkan beliau dalam Pelancaran Geak Kerja Jentera
Pilihanraya Bukit Gantang yang diadakan disini. 

Sebenarnya Umno dan beberapa pemimpin UMNO penderhaka kepada sultan di
negara ini. Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah bagaimana
pemimpin Umnolah penderhaka dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu
bukan pemimpin Pakatan Rakyat.katanya. 

1. Pengasas Umno Dato' Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada
tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu
harta. 

2. Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato' Seri Tajul Rosli) yang
tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal
dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia
tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu
cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah
ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah
derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya
kepada Sultan Perak apa pula maknanya. 

3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato' Rahim Bakar bekas Menteri besar
Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik
sultan secara terbuka. 

4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan
dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana
menolak cadangan tersebut. 

5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam
secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan. 

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga perwakilan Umno meminta harta raja
disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan.
Apakah ini bukan derhaka? 

7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah
dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah
ini bukan derhaka namanya.? 

8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan
raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan
ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. 

9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban,
Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan
mengecam raja-raja Melayu. 

10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan "Mana satukah yang lebih
merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat
pada sultan Perak pada 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan
Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu
perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri
laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno
pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo
depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ,
yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat
raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah. 

11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti
Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato' Anwar
Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar
namanya?. 

12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan " Sultan
Kelantan sekarang tidak layak menduduki takta dia ada bukti" (BH 11hb
Jun 1993.) 

13.Dato' Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku
Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini
bukan derhaka?. 

14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpahDato' Mohd
Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah
pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala
penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak
tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai
tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai
binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana
Kuala Kangsar 6hb Feb 2009. 

15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis ,
bukankah ini derhaka namanya. 

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka
sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin
Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka
bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Sebab
itu kita lihat dalam Media Pro Umno sudah tidak lagi membangkit isu
derhaka, kerana mereka silap. Rakyat sekarang bukan zaman purba hidup di
dalam gua, tetapi rakyat sudah ada maklumat melalui langit terbuka.
Maklumat rakyat boleh korek melalui hujung jari sahaja.


Best Wishes, 
---Hassan---

 


        

Kirim email ke