Untuk renungan...

---------- Forwarded message ----------
From: SabriZin <sabri...@gmail.com>
Date: 19 Aug 2009 23:19
Subject: [Gabungan Profesional Muslim] Nikmat Syahid di Gaza
To: sabri...@gmail.com

Kisah ini telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Pengerusi Ekskutif Aman Palestin merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah
beberapa kisah benar dari pengalaman beliau di Gaza;

Peristiwa 1 Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,
ketika suatu pertempuran, komander mujahidin melarang pejuang-pejuang
menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan
berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal
tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan
para pejuang berkata mereka tidak melakukannya sebaliknya dengan tiba-tiba
sahaja senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah selesai adegan
aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!

Peristiwa 2 Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang
cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian
putih sedangakan uniform pejuang Hamas berwarna hijau! Siapakah yang berbaju
putih itu???

Peristiwa 3 Terdapat tentera Yahudi menjadi buta sewaktu serangan apabila
mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang
melakukannya.

Peristiwa 4 Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza
mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri!

Peristiwa 5 Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan
tiba-tiba meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan
roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6 Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi
bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan
pedang dari sarungnya. Ulama itu bertanya, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu
hendak pergi?" lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!". Itulah
serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz
Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.
Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!! Perang 22 hari
di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih
ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut.
Kini usaha dan tenaga ditumpu ke arah membina semula infrastruktur Gaza yang
musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah yang
berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat
mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi
dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat,
Seremban anjuran Isma NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji
as-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini,
berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah tersebut;

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya
serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Suatu ketika
datang sekumpulan burung berhampiran mereka. Tiba-tiba burung-burung
tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di
situ. Melihat kejadian tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan
tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu, tepat di tempat tersebut
dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel,
datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke
tengah-tengah tentera Yahudi sedangkan musuh tidak dapat melihat mereka.
Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah. 3. Seorang doktor
menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi
hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi. Mujahid tersebut masih
hidup kerana jantungnya tidak ditembusi kerana serpihan di bahagian dadanya
melekat pada kitab al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya. 4.
Seorang wanita mengandung disahkan doktor dalam setiap pemeriksaan bahawa
kandungannya adalah bayi perempuan. Namun sebaik sahaja suaminya syahid
dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang
lelaki. 5. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan
lebih ramai daripada biasa iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan
yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah s.w.t
menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih
ramai. 6. Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari
pertama serangan Yahudi ke atas Gaza hendak dikebumikan diliang lahad
ayahnya, asy-Syahid Ismail Abu Syanab yang syahid 5 tahun lalu, mereka
dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5
tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah
Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang
pengasas dan pemimpin Hamas.

***** "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di
ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa
Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia
menyaksi segala sesuatu."

(Fussilat:52)Kisah-kisah di atas ini tidak dihebahkan di dalam media
antarabangsa dan hampir sama dengan kisah kemenangan Mujahidin Afghanistan
menentang Soviet Union lebih 20 tahun yang lepas.

Diambil dari :Ustaz Halimwww.inijalanku.wordpress.com

Dan sebaran emal Mejar Z Kem 514 (mej...@gmail.com)

--
Posted By SabriZin to Gabungan Profesional
Muslim<http://gabunganprofesionalmuslim.blogspot.com/2009/08/nikmat-syahid-di-gaza.html>at
8/19/2009 11:15:00 PM

-- 
********************************
             Sabri Zin
0122049646 / 0122146456
********************************

Kirim email ke