saya rasa inilah pandangan yang amat berguna untuk pesisir..kerana kita mampu kalau kita ubah cara sedikit,jom! kita semarakkan....hidup pesisir...
On 1/11/08, azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > tahniah kepada cikgu wel dan edi. juga turut simpati atas kesengsaraan > mendukung pesisir. > pesisir perlu mendekatkan diri dengan menteri, syarikat gergasi, tokoh > koperat untuk menjadi penaja dan teterusnya menymbang dana untuk antiviti > pesisir. > pesisir tidak perlu ramai ahli, sekiranya ahli-ahli itu sekadar atas nama > sahaja. yang pernting, ahli tak ramai tetapi aktif memberi sumbangan. > pesisir boleh memberi sumbangan kepada ramai orang, kepada pelajar tingkatan > 6 aliran sastera, para belia, lepasan sekolah dan sebagainya. > kerajaan cuba terapkan perpaduan kaum dikalangan rakyat malaysia. pesisir > bleh ambil peluang. dalam pesisir ada melayu, siam, cina juga cari india > sorang dua. minta kementerian perpaduan negara taja program penulisan yang > melibatkan semua kaum. ini contoh saja... > terbit antologi, minta bank taja. biar orang bank tulis kata aluan. ada > iklan bank pula di belakang antologi.. apa salahnya! > saya sekarang pun buat program untuk pelajar sekolah menengah. ikhtiar > cari penaja yang sesuai. ikut kehendak dan hasrat mereka. > buat bengkel cerpen alam sekitar. jabatan alam sekitar boleh taja. buat > cerpen sejarah, minta muzium taja. > perlu buat mesyuarat supaya meluluskan alaun kerja untuk setiausaha. bukan > apa, sekadar isi minyak motor dan bayar prepaid hp. > kalau benar-benar sayangkan pesisir, mesti berusaha, cari jalan dan > bersatu menjayakan semua rancangan pesisir.... > > *Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>* wrote: > > Hingga ke saat ini diakui, Pesisir masih bersih daripada soal-soal nak > rebut jawatan , iri dan hasad kepada rakan-rakan yang berjaya. > > Ahli-ahli pesisir (ahli PPK juga) adalah rakan sepanjang hayat dan > sepanjang 20 tahun saya bersama pesisir, pengalaman yang agak perit adalah > sebagai setiausaha 1 selama 15 tahun dan rekod paling lama adalah ketua > satu (Cikgu Wel) iaitu selepas 2 tahun ditubuhkan hingga sekarang sebagai > ketua 1 (25 tahun) . > > Kita sekarang ada dua masalah dan masalah ini perlu diatasi. > > Pertamanya kita agak sukar mandapat sumber kewangan untuk melangsungkan > pelbagai aktiviti untuk ahli dan masyarakat. > > - Saya sangat bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh sdr. Azlee > berhubung perkara ini. Mungkin boleh kita bincangkan dengan lebih lanjut > tentang kaedahnya. > > Keduanya perubahan masa yang turut merubah banyak perkara yang membuatkan > terutamanya kalangan remaja sukar untuk dibawa masuk. Perubahan ini > menjadi sangat ketara sejak awal tahun 2000 dan ke atas. > Perubahan daripada kita taip surat menggunakan mesin taip, guna mesin > penggelek, kemudian hantar surat kepada ahli. > > Kemudian berubah kepada menggunakan komputer dan diprint kemudian di > fotostat . Hantar surat kepada ahli-ahli. > > Kemudian bila muncul internet dan hand phone, saya selalu menggunakan > kaedah terbaharu iaitu menghubungi ahli melalui e-mel dan sms dan ini > sangat memudahkan. > > Bagaimanapun untuk sesetengah program yang agak besar masih sebahagiannya > digunakan surat menyurat untuk panggilan. > > Itu perubahan teknologi dan ianya tambah memudahkan, sebaliknya perubahan > kecenderungan masyarakat adalah jauh lebih sukar untuk ditangani. Kalau > dulu setiap 100 surat yang dihantar 50 orang pasti hadir. Tapi sekarang > perubahan telah berlaku. Ada suatu ketika saya hantar surat kepada > sebanyak 200 orang , tapi tak ada seorang pun yang datang kecuali > ahli-ahli yang setia yang boleh dibilang dengan jari serta AJK yang > sememangnya teruji kesetiaannya. > > Setelah beberapa kali hal sedemikian berlaku, saya mulai agak kecewa dan > beberapa kali nak letak jawatan su 1, kerana merasa gagal untuk mengelak > daripada perubahan masa yang begitu mendadak. Selepas itu saya tidak lagi > dalam posisi menyerang, tapi sekadar di posisi bertahan. Tapi sampai > selama manakah mampu bertahan. > > Bagaimanapun merasa sangat seronok bila rakan-rakan lama di pesisir > kembali semula ke pesisir biarpun sebahagiannya melalui internet. > > -- > Ediramle Ismail > > On Tue, January 8, 2008 6:57 pm, azle abdullah wrote: > menubuhkan pesisir, menghidupkan pesisir, meletakkan pesisir sebagai > sebuah persatuan yang teguh, malah amat digeruni oleh persatuan penulis > lain waktu itu bukanlah suatu kerja yang mudah. kitalah posmen, kitalah > beli sampul, kertas dan setem dengan duit sendiri. beli pencetak surat. > dan yang lebih penting sikap semua ahli pesisir macam adik beradik, hidup > bergotong royong. berat sama dipikul, ringan sama dijinjang.. itulah warga > pesisir. tidak ada rebutan kuasa. tidak ada caci cela. tidak ada dengki > dan iri hati. yang ada jujur dan telus... tanya asmui? cikgu wel? > > Aziz Che Soh Aziz Che Soh <[EMAIL PROTECTED]<eziz_shukman%40yahoo.com>> > wrote: > Walaupun saya sudah hampir lebih kurang 22 tahun > bermastautin di negeri Selangor ini,saya tetap mengingati negeriku > Kelantan Darul Naim.Apatah lagi ingat selalu kepada semua kawan-kawan di > Pesisir yang sama-sama memperjuangkanKesusasteraan Melayu ini. Dengan > adanya alam siber ini, amat memudahkan sayauntuk menghubungi semua > kawan-kawan di sana. Melalui pautan di laman net Pesisir itu. > > Walaupun ada tikanya kesukaran berintraksi dengan semua teman-teman > disebabkan kesibukan dengan bebanan tugas harian ini. Sekali-sekala mem- > buka e-mail kawan-kawan, e-blog perseorangan kawan-kawan,e-blog yang lain > terasa terhibur juga dengan kerenah berjenaka, resepi masakan, iklan > jualan, > chating rakan-rakan dan sebagainya. Ini telah menunjukkan persatuan kita > ( Pesisir ) telah melangkah maju ke depan seiring dengan media elektronik > yang lain secara tidak langsung. > > Kerenah sobatku Pak Do, Ediramle, Hashim Latiff, Anuar Musa, Azlee Ab- > dullah, Yati Abd.Rahman, Zakaria Busu dan lain-lain lagi sekadar beberapa > nama sahaja yang dapat disebutkan di sini. Bangkit,jatuh dan bangun semua > terletak di atas bahu kita. Kita sama-sama bimbing semua anak-anak bangsa > kita yang memerlukan tenaga ini untuk membangunkan khazanah sastera Melayu > kita ini, semuga ia hendaknya di telan zaman. Sokongan daripada kita > semua amatlah diperlukan oleh semua anak-anak bangsa ini. Hidup berkarya > sobatku semua...Hidup Pesisir.Kita teruskan sayap seni perjuangan kita ke > se- > rata maya ini. Alhamdulliah, syukr kepada Tuhan hdknya. > > --------------------------------- > Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. > > --------------------------------- > Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! > Search. > > > > > ------------------------------ > Never miss a thing. Make Yahoo your > homepage.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51438/*http://www.yahoo.com/r/hs> > > >
