Sdr. Hadi, Saya bagi pihak pesisir egroup menjemput ahli-ahli PPK  dan
penulis-penulis sekelian di Kelantan dan di luar Kelantan untuk bersama
berbicara di pesisir egroup.

Sekiranya mereka belum biasa dengan egroups boleh juga hantar e-mel kepada
saya untuk dimasukkan ke egroup. Mudah untuk kita penulis di Kelantan
untuk adakan perbincangan, kerana maklum saja sejak akhiran ini kebanyakan
daripada kita dalam kesibukan dan jarang-jarang berpeluang untuk bertemu.

Dengan menyertai egroup ini sekurang-kurangnya kita dapat bertanya khabar
antara rakan-rakan penulis sekelian.

Terima kasih.


Ediramle Ismail,
Pusat Sumber Matlumat Desa Kok Pasir
http://pusatsumber.kokpasir.com
Sumbangan anda dihargai .


On Sun, February 3, 2008 5:54 pm, Manzaidi MohdAmin wrote:
            Terima kasih Sdr Hadi...Kali terakhir saya menatap gambar sdr
kalau tak silap dua tiga hari lalu dalam Sinar Harian page
Bachok. Syabas dan tahniah diucapkan kerana telah membawa PPK
termasyhur. Kita akan jumpa lagi, insya-Allah dalam keadaan
dan suasana yang tidak tersengaja.

--- On Sun, 2/3/08, Abdul Hadi Yusoff  wrote:
 From: Abdul Hadi Yusoff
Subject: Re: { PESISIR } Terasa kehilangan
To: [email protected]
Date: Sunday, February 3, 2008, 4:32 PM


Man dan warga pesisir, jangan bersedih, ada hikmahnya. Sekarang dunia
tanpa sempadan. Setelah kita tidak berdampingan barulah kita rasakan
kehilangan. sewaktu bersama kita tidak rasa harga bicara. Saya yang masih
di alam tadika (dunia penulisan) tanpa rakan untuk bersenda (arwah Mustafa
Jusoh).  Doakan yang sudah berpulang dengan al-Fatihah!

Manzaidi MohdAmin  wrote:         Terima kasih Abg Sham. Terima kasih
banyak-banyak. Kata-kata perangsang dari kawan-kawan menguatkan azam dan
semangat saya untuk berjuang dan terus berjuang dalam dunia penulisan
(genre kewartawanan) .

--- On Sat, 2/2/08, Norhisham Mustaffa  wrote:
 From: Norhisham Mustaffa
Subject: Re: { PESISIR } Terasa kehilangan
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Date: Saturday, February 2, 2008, 1:58 PM

    Salam.   Tahniah juga buat Manzaidi.   Selamat berjuang.   NORHISHAM
MUSTAFFA  ----- Original Message -----  From: Ediramle Ismail  To:
[EMAIL PROTECTED] .com  Sent: Thursday, January 31, 2008 5:09 AM
Subject: { PESISIR } Terasa kehilangan
  Sebagai SU 1 PESISIR ,tahun 2007 dan 2008 merupakan antara tahun yang
dirasai kehilangan rakan-rakan penting dalam pesisir . Beberapa tenaga
penting dalam pesisir hari ini seorang demi seorang seakan terpaksa
berjauhan .

Bermula daripada Sdr. Hashim Latiff yang berhijrah ke Tanah Merah,Eh Deng
yang bersara, Cheng yang kembara, Sukari yang pergi untuk selamanya,
kemudian disusuri oleh Hanuman yang gagah perkasa berhijrah ke Selatan ,
Sekarang saya seakan kehilangan Anuar Musa yang hampir setiap hari
bertemu serta berbincang tentang penulisan dan pesisir berhijrah ke
Geting. Pemergian Sdr. Manzaidi ke Selangor bermula 15 Feb 2008 juga satu
kehilangan yang memberi kesan yang mendalam kepada rakan-rakan di pesisir.

Saya juga seakan kehilangan diri sendiri yang mengubah setting kehidupan
peribadi yang tidak memasukan perjuangan dalam semua matlamat tahunan
tahun ini. Berikan peluang untuk saya menukar  gelombang dalam diri yang
ketika ini seakan kurang teratur.

Bagaimanapun teknologi ICT hari ini dapat menghubungkan kita semua dan
kita seakan BERTEMU DALAM BERPISAH.
Dari satu sudut kita bertemu melalui kata-kata dan suara. Di suatu sudut
lain kita dipisahkan oleh jarak tempat dan tugas . Inilah indahnya
kehidupan.

Ediramle Ismail


  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try
it now.

  Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
Search.

       Be a better friend, newshound, and  know-it-all with Yahoo! Mobile.
 Try it now.  


Kirim email ke