Edi, hashim, abdullah awang, manzaidi, anuar, eh deng, azli, awang abdullah,
salman, nimoiz, aziz mohd nor, wan asyeah, amy, nik azman, zana, rozaiz, wan
marzuki, lokman dollh, dahari, siti puspa, riduan abdul kadir, syarifah asyiah,
rossem, wadi leta sa, darma, moktar awang, abdul razak gua musang, zizi, azmi
taib, ezani dan ramai lagi penulis cerpen yang dihormati ---- tuan-tuan dan
puan-puan dijemput untuk menghantar manuskrip cerpen terbaru kepada saya
secepat yang boleh atau hubungi tel 017-9813896. Hanya 25 orang dengan 25 buah
cerpen untuk dibedah oleh Cerpenis Zaharah Nawawi, kita berkumpul di KB (Hotel)
bermula petang khamis, jumaat dan tengahari sabtu selesai. Tarikh belum
ditetapkan tapi tahun ini (2008). Siapa cepat dia akan diutamakan. Program kami
(PPK) dengan kerjasama DBP KL. Ini cerita benar dan harap kerjasama kalian
untuk menjadikan ini sebagai kenyataan. Abdul Hadi Yusoff PPK.
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Sebagai SU 1 PESISIR ,tahun
2007 dan 2008 merupakan antara tahun yang
dirasai kehilangan rakan-rakan penting dalam pesisir . Beberapa tenaga
penting dalam pesisir hari ini seorang demi seorang seakan terpaksa
berjauhan .
Bermula daripada Sdr. Hashim Latiff yang berhijrah ke Tanah Merah,Eh Deng
yang bersara, Cheng yang kembara, Sukari yang pergi untuk selamanya,
kemudian disusuri oleh Hanuman yang gagah perkasa berhijrah ke Selatan ,
Sekarang saya seakan kehilangan Anuar Musa yang hampir setiap hari
bertemu serta berbincang tentang penulisan dan pesisir berhijrah ke
Geting. Pemergian Sdr. Manzaidi ke Selangor bermula 15 Feb 2008 juga satu
kehilangan yang memberi kesan yang mendalam kepada rakan-rakan di pesisir.
Saya juga seakan kehilangan diri sendiri yang mengubah setting kehidupan
peribadi yang tidak memasukan perjuangan dalam semua matlamat tahunan
tahun ini. Berikan peluang untuk saya menukar gelombang dalam diri yang
ketika ini seakan kurang teratur.
Bagaimanapun teknologi ICT hari ini dapat menghubungkan kita semua dan
kita seakan BERTEMU DALAM BERPISAH.
Dari satu sudut kita bertemu melalui kata-kata dan suara. Di suatu sudut
lain kita dipisahkan oleh jarak tempat dan tugas . Inilah indahnya
kehidupan.
Ediramle Ismail
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.