Pertama-tama, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat; edi, 
hashim dan Kamal kerana sudi berkunjung ke pondok belum siap saya di kg talak. 
rumah tu saya buat sikit sikit. ada sejuta dua, saya buat sikit. ada sejuta dua 
lagi, saya tambah sikit. jadi skg kerana sejuta dua belum terkumpul, maka 
tertangguhlah pondok tu. al maklum...kerja makan gaji. acu nak kumpul, dah 
habis sebab barang tu naik, barang ni naik.
kelmarin ke kedai tanya simen. harganya dah mencecah rm19 satu beg. sebelum ni 
rm9 ke rm10 jer. tanya pasir... harganya rm220 satu lori, sbelum ni rm120. 
habis tu...nak siap camana rumah yang dah lama tak siap ni.
ginilah hidup. harap sahabat2 semua berada dalam lindungan Allah.
 
Saya selamat sampai Shah Alam jam 6 pagi tadi. saya bertolak dari KB jam 11.30 
mlm.
sepanjang perjalanan ada empat sekatan polis. tiga terlepas, satu terkubur. 
kena saman sebab lampu brek ketiga tak nyala. 
 
Ginilah hidup dalam negara yang kalau tak menyusahkan rakyat memang tak sah. 
selepas kena sama kerana lampu brek ketiga tak nyala, saya terfikir jugak... 
kalau tak ada lampu tu pun, orang belakang boleh nampak kita brek kenderaan 
kita. tapi itulah...
 
jadi saya akur dengan 'undang-undang' menyusahkan rakyat. saya serahkan ic dan 
lesen mandu. polis trafik tanya banyak soalan, saya malas nak jawab. saya tau 
kalau jawab pun, dia tetap saman. so, daripada rugikan air liur jawab soalan 
bodoh polis trafik tu, baik saya ambik kertas saman. Sambil hulurkan kertas 
saman tu, polis trafik tu bgtau saya yang saya boleh bayar di mana-mana balai 
polis di seluruh negara dalam tempoh sebulan.
 
Saya tau, tak bgtau pun saya tau. kalau bab nak habiskan duit rakyat ni memang 
serahkan pada polis dan JPJ. Kesalahan yg boleh di kompromi pun dijadikan isu 
besar. kononnya saya telah melakukan satu kesalahan besar kerana lampu ketiga 
tak menyala. bagi mereka, kehadiran saya di jalan raya malam itu boleh 
mengancam nyawa ribuan penumpang barangkali. itulah pada pandangan saya.
 
sebelum ini saya pernah buat artikel mempersoalkan kerajaan (kementerian 
pengangkutan) mewajibkan penunggang motosikal memasang lampu di siang hari. 
Pada saya, pasang lampu siang hari pun kadar kemalangan melibatkan motosikal 
tetap tinggi. Kemalangan ini berpunca daripada sikap pemandu, bukan kerana tak 
pasang lampu siang hari atau lampu ketiga tak berfungsi.
 
Pokoknya saya akan kehilangan ratusan ringgit bulan ini kerana nak selesaikan 
saman. dah lah dikongkong dengan kenaikan harga minyak dan barang 
keperluan...ditambah pula dgn saman. Entahlah labuuu... 
 
 
From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } Gambar perjumpaan bersama manzaidi dan Dikir Barat
To: [email protected]
Date: Saturday, July 5, 2008, 9:10 PM






Semasa saya menulis catatan ini, sdr Manzaidi dan sdr Hanuman sedang dalam
perjalanan ke tempat bertugas masing-masing di Shah Alam (Manzaidi) dan di
Muar (Hanuman).

Sebagai kenang-kenangan diletakkan pautan gambar-gambar sempena perjumpaan
saya , Hashim Latiff dan Kamal Majid bersama Manzaidi pada 5 Julai 2008 -
10.30 pagi Sabtu,bertempat di Kg. Talak , Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.

http://jumpamanzaid i.pesisir. net

Manakala perjumpaan saya dengan Supian Hanuman sempena Program Dikir Barat
Pengguna di Kok Pasir pada malam 4 Julai 2008

http://dikirbarat. pesisir.net

Selamat menonton semoga terhibur.

Ediramle Ismail
Unit ICT Pesisir

5 Julai 2008 - jam 9.00 malam

 














      

Kirim email ke