Bukan apa. Sekadar renungan dan sekadar untuk berfikir SEBELUM Bulan: Mac, April dan Mei 2008: Kenderaan: Wira Sedan 1.5cc Kos Minyak: RM80 pergi / RM80 balik Lokasi: Shah Alam ke Tumpat / Tumpat ke Shah Alam. Note: Sampai ke Tumpat, minyak dalam tangki masih berbaki dalam RM10 atau RM15 lagi. Begitu juga bila sampai di Shah Alam. Masih ada baki sebanyak yang dinyatakan. SELEPAS Bulan: Julai 2008 Kenderaan: Wira Sedan 1.5cc Kos Minyak: RM120 pergi / RM120 balik Lokasi: Shah Alam ke Tumpat / Tumpat ke Shah Alam Note: Sampai ke Tumpat, minyak dalam tangki sudah tunjuk paras rizab, bukan berbaki dalam RM10 atau RM15 seperti sebelum ini. Begitu juga bila sampai di Shah Alam. Paras minyak dalam tangki menunjukkan rizab. Rasionalnya balik rumah dengan kereta sendiri. Dapat bawa anak bersiar-siar (sebab lama tinggalkan mereka - nak juga bawa mereka jalan-jalan. kalau balik dengan bas, banyak menyusahkan orang dan diri sendiri. Tak ada kenderaan untuk bergerak. Kalau kita dah jarang-jarang balik ke rumah, lepas tu bila balik, kita duduk terperap kat.. tak adalah nikmatnya. Tak gitu kek nih.. Lagi pun kalau naik bas, sampai di KB kena naik bas lagi nak ke Cabang Empat. Sampai di cabang empat kena jalan kaki sejauh satu kilometer. Gitu juga kalau sampai di KL, kena naik komuter dari Hentian Putra ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam kena naik teksi.
