Hanuman selamat sampai di Muar tepat jam 7.15 pagi. Syukur kerana perjalanan
balik dengan bus berjalan lancar seperti kehendak kita, Ambo balik dengan
bus sebab pikirkan kalu balik dengan keta, dah tentu habisnya mencecah lebih
RM 300.00. tempohari balik bersama family guna kereta Wira 1.5 AB ambo tu
minyak habis juga dalam RM 200 lebih, ( Belum Istihar Minyak Naik gila )....
Sekarang duk pikir soal nak balik kampong waktu raya ni,... nak balik dengan
bas dah tentu tak munasabah, dengan brg dan org-org yang seramai 7 itu,
kalau dengan kereta pasti lepas raya kena tahan perut dan mulut,
entah dah rasa sesuatu yang menakutkan...!
Cuti minggu lepas takpe, balik semua orang sponser - ambik duit di Kelantan
wak mari bubuh minyak di Muar
yang harga sama juga dengan tempat-tempat lain, bolehlah untuk tunggang
sehari dua....

Terima kasih Sdr.Edi kerana malam tu sudi menemani, sesungguhnya Kg.Kok
Pasir sangat unik dan masyarakatnya sangat berkerjasama, patut di
contohteladani oleh mana-mana masyarakat yang dahagakan perpaduan dan
kerjasama , dengar cerita TV 9 nak turun pula ke Kok Pasir.Tahniah, Syabas,
Hebat dan pasti Puas.... Wasalam.


On 7/5/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>      Bukan apa. Sekadar renungan dan sekadar untuk berfikir
>
>
>
> SEBELUM
>
> Bulan: Mac, April dan Mei 2008:
>
> Kenderaan: Wira Sedan 1.5cc
>
> Kos Minyak: RM80 pergi / RM80 balik
>
> Lokasi: Shah Alam ke Tumpat / Tumpat ke Shah Alam.
>
> Note: Sampai ke Tumpat, minyak dalam tangki masih berbaki dalam RM10 atau
> RM15 lagi. Begitu juga bila sampai di Shah Alam. Masih ada baki sebanyak
> yang dinyatakan.
>
>
>
> SELEPAS
>
> Bulan: Julai 2008
>
> Kenderaan: Wira Sedan 1.5cc
>
> Kos Minyak: RM120 pergi / RM120 balik
>
> Lokasi: Shah Alam ke Tumpat / Tumpat ke Shah Alam
>
> Note: Sampai ke Tumpat, minyak dalam tangki sudah tunjuk paras rizab, bukan
> berbaki dalam RM10 atau RM15 seperti sebelum ini. Begitu juga bila sampai di
> Shah Alam. Paras minyak dalam tangki menunjukkan rizab.
>
>
>
> Rasionalnya balik rumah dengan kereta sendiri. Dapat bawa anak bersiar-siar
> (sebab lama tinggalkan mereka - nak juga bawa mereka jalan-jalan. kalau
> balik dengan bas, banyak menyusahkan orang dan diri sendiri. Tak ada
> kenderaan untuk bergerak. Kalau kita dah jarang-jarang balik ke rumah, lepas
> tu bila balik, kita duduk terperap kat.. tak adalah nikmatnya. Tak gitu kek
> nih..
>
>
>
> Lagi pun kalau naik bas, sampai di KB kena naik bas lagi nak ke Cabang
> Empat. Sampai di cabang empat kena jalan kaki sejauh satu kilometer. Gitu
> juga kalau sampai di KL, kena naik komuter dari Hentian Putra ke Shah Alam.
> Sampai di Shah Alam kena naik teksi.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> 
>

Kirim email ke