Salam Ramadan
Pesisir adalah tempat org kecil menjadi besar. Bila dah besar, tak ada sebab 
untuk merasakan diri berjiwa kecil. Selamat Berbuka Puasa.

--- On Mon, 23/8/10, azle abdullah <azlee...@yahoo.com> wrote:


From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com>
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
To: Pesisir@yahoogroups.com
Date: Monday, 23 August, 2010, 10:18 AM


  








pesisir adalah persatuan kecil untuk penulis kecil, berjiwa kecil. tetapi 
dengan penuh harapan dan doa, kita juga boleh menjadi seperti mereka yang 
hebat. dalam pesisir semua orang menjadi penting. bagaimana mereka yang 
menubuhkan pesisir, mereka yang mengerakkan pesisir, mereka yang meneruskan 
hayat pesisir dan mereka yang bakal mengambil alih teraju pesisir


--- On Fri, 8/20/10, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo.com> wrote:


From: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo.com>
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
To: Pesisir@yahoogroups.com
Date: Friday, August 20, 2010, 9:06 PM


  



salam
saya sentiasa ada di sini..
malangnya saya insan berjiwa kecil yg tidak mampu memberi makna kepada 
sesiapa.. lantas saya hanya membaca dan memahami..
 
kehadiran saya mungkin tidak bermakna sabagaimana kehadiran sahabat2 yg lain..
walaupun begitu... saya sentisa tertunggu email daripada semua ahli e group kita





From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com>
To: Pesisir@yahoogroups.com
Sent: Fri, August 20, 2010 11:48:19 AM
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA

  





benar kata asmui tu. kalau fikirkan tak cukup masa, memang kita tak pernah 
cukup masa. sekali sekala ceritaka perkembangan diri, cerita-cerita yang 
menarik, sesuatu yang boleh dikongsi, pengalaman yang boleh dijadikan 
pengajaran. peristiwa yang boleh dijadikan iktibar.

--- On Fri, 8/20/10, asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my> wrote:


From: asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my>
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
To: Pesisir@yahoogroups.com
Date: Friday, August 20, 2010, 8:04 AM


  



Salam dan selamat pagi.
 
Sahabat-sahabat yang budiman...kitalah yang akan menentukan sesuatu yang kita 
hendak capai pada masa akan datang. Kitalah! Kita selaku perancang jangan gusar 
dengan sesuatu yang bakal berlaku. Allah Maha Kaya...Maha Mengetahui...tujuan 
kikta murni untuk mendekatkan hati-hati dalam kalangan ahli PESISIR. Saya 
optimis dengan gagasan Ediramli yang mewujudkan laman ini sebagai suatu 
prakarsa menyatukan ahli. Jika tanpa laman ini, rasanya hubungan kita makin 
jauh. Jangan bimbang dengan FB, itu sebahagian lagi uslub mendekatkan 
ahli...mana-mana pun, semua kita guna pakai. Sama-samalah kita meriahkan 
silaturahim agar hubungan kita sentiasa terjalin. Sempena bulan mulia ini, 
ingin saya ucapkan Selamat Berpuasa...hari ni dah masuk hari ke-10 kita berada 
pada bulan penuh barakah ini...sudahkan kita qatam kuran?? Sama-samalah kita 
rebut fadilat yang dijanjikan oleh Allah SWT ini. Wallahuaklam... 




From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com>
To: Pesisir@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 25 July 2010 15:18:40
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA

  






telah saya sebut dalam tulisan yang lepas. sama ada secara tersurat atau 
tersirat. laman group pesisir ini akan mulai kurang ahli. bukan kerana laman 
ini tidak dilawati, bukan tiada peminat. tetapi ada sesuatu yang tidak betul 
diantara kita. dalam ruangan sebegini, (ulang) kta tidak boleh mencipta 
hero  atau penjahat. kita tidak boleh tubuh puak,. tidak boleh bina tembok 
berlin atau penjara pudu. setiap tulisan, pandangan, komen atau sebagainya kita 
mesti sambut dengan positif, kalau kita tidak setuju atau kita anggap 
bercanggah dengan ideologi fahaman kita, tulisan itu hendaklah kita sambut 
dengan berhemah, sopan serta berlapik dan tersirat.
tulisan saya ini bukan bersifat peribadi, tetapi ramai juga teman lama pesisir 
yang bersembang dengan saya secara terus dan meluahkan pendapat yang sama. 
begitu juga bila ada majlis pesisir. tak ramai ahli lama yang yang ingin hadir. 
pengamalan lampau dan pengalaman yang dikongsi oleh bekas ahli yang pernah 
hadir tidak membahagiakan. 
kataseorang teman, kita bukan harapkan permaidani merah, atau usungan di raja. 
tetapi cukupkah hulur salam atau bertegur sapa. kita pula hidung tak mancung, 
pipi pula tersurung-surung. sekadar melukut di tepi gantang. 
pesisir yang ada sekarang adalah hasil titik peluh akal budi orang lama. jadi 
apa yang kita perlu buat ialah tepuk dada tanya selera.
manzaidi, ediramli  barangkali amat faham apa yang tersurat dan tersirat..

--- On Wed, 7/21/10, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> wrote:


From: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com>
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
To: pesi...@yahoogroups .com
Date: Wednesday, July 21, 2010, 11:26 AM


  









From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com>
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Tue, July 20, 2010 11:48:06 AM
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA

  






Salam sahabat Lee.
 
Inilah rungutan saya yang terdahulu. Nampaknya rakan2 kita sudah guna laman 
sosial baru FB. Saya boleh dikatakan amat jarang menggunakannya kerana 
kesibukan kerja sehingga tak sempat untuk menjengah setiap hari, melainkan 
waktu hampir2 nak habis bekerja di pejabat. itu pun sekadar membalas emel rakan 
dan memasukkan sikit posting untuk dikongsi. Namun, saya lebih berminat 
menghubungi rakan2 melalui emel ini, bukan FB. Harap, kpd rakan2 ku yang 
terbuka emel ini, apa salahnya untuk jawab walau sepatah dua, sekurang2nya 
rakan di perantauan rasa lega membaca emel rakan2 semua. Apapun selamat 
menyambut Ramadan.

--- On Sat, 17/7/10, Lee Mat <cekwa_warak55@ yahoo.com> wrote:


From: Lee Mat <cekwa_warak55@ yahoo.com>
Subject: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
To: pesi...@yahoogroups .com
Date: Saturday, 17 July, 2010, 10:48 PM


  



DIMANA KAWAN, RAKAN, SAHABAT PESISIR MENYEMBUNYI DIRI ?
ADAKAH BERTAPA BERSAMA PUTERI GUNUNG LEDANG,PUTERI SADONG DIBUKIT MARAK ATAU 
DENGAN SHEIK WALI ALLAH DI GUNUNG JERAI !
ATAU
SEDANG MEMBUKA MINDA DIATAS BOT PANCING DILAUTAN LUAS !
ATAU
MELANCONG KE ANTARTIKA ATAU KE CHINA?
ATAU
MUNGKIN TIDAK LAGI MERINDUI LAMAN INI KERANA ADA LAMAN BARU FACEBOOK?
WALAU APA PUN KAWAN,RAKAN, SAHABAT
WAJIB KITA BERPESAN-PESAN KEARAH KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN
INGAT MENGINGATI ITU YANG UTAMA... LAMAN INI PERLU DIMANAFAATKAN.














Kirim email ke