sdr hashim, peristiwa kawe tak leh lupa sekali lepas bangun tidur dengan asmui balasoh aji mat, terus kemama palu gedok, riuh sekampung, masa tu tak masuk waktu apa lagi, kalau sdr asmui baca tentu ingat. antara kita tersimpan sejuta nikmat.teruskan amalan di bulan ramadan
--- On Wed, 25/8/10, hashim latiff <hazafl17...@yahoo.com> wrote: From: hashim latiff <hazafl17...@yahoo.com> Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA To: Pesisir@yahoogroups.com Date: Wednesday, 25 August, 2010, 1:49 PM apa khabar saudara shafie. lama tidak bersesawang di sini. begitulah. bila kita telah dijaga oleh Kerajaan kita kena menjaga Kerajaan pula. sesekali balik ke desa kelahiran, rasa semacam tidak indah lagi. teman-teman tidak berada di kampung. kalau pun ada, generasi kedua yang barangkalinya sudah tidak mengenali kita lagi. benarlah kata abang-abang kita . kadang-kadang brgaduh dngan anak beranak sendiri kerana tidak mengenali waris. jal besar sebenarnya pulau waris kita. kita semua lahir di bawah satu rumpum. cuba kita telusuri asal usul keuarga kita. kalau tidak berwaris di sebelah arwah ayah, tentunya di sebelah ibu. kalau tidak di sebleah ayah dan ibu, sudah tentu di sebelah mak dan cek. pendek kata kita adalah berwaris. sayang, kekakangan kerja menyebabkan kita seakan berjauhan (memang pun berjauhan). aduh! banggol pak embun dan kubang pin serta telaga besar. sebenarnya menyimpan seribu kenangan yang merimbun. baruh bangol sayap dan hujung jal, sebenarnya menghampar seribu kenangan yang tidak akan dilupakan. sesekali mengenangkan sejarah dan biografi hidup, adalah sesuatau yang cukup menyedihkankan meskipun dicelah-celah kesedihan itu ada senyum yang tercungkil. ramadan dan aidilfitri, ada nestapa snediri yang tidak terucap dengan kata-kata kecuali airmata. From: asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my> To: Pesisir@yahoogroups.com Sent: Tue, August 24, 2010 9:17:54 AM Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA Salam Sahabatku Hashim, Sememangnya mengenangi zaman remaja dulu sangat indah dan menarik... Kitalah antara watak yang mewarnai kemeriahan anak-anak remaja Kampung Jal...Ingat pada bulan puasa, ingat sangat gertak kayu kat rumah demo tu...lepas berbuka, penuh kunjung kat situ dengan kain palekat...best sangat...suka dengan ikan menyambar sesuatu dari air...ingat itu? Begitu juga kisah berbasikal ke Cbg 4 cari colek malas kedai Pak La...sampai bila-bila pun tak akan lupa. Lebih-lebih lagi bila sampai kat gertak Jambu Air tu...setiap kali balik ke kampung, tiba pada tempat itu...segera tersenyum mengenangkan kisah kita... Wah!...kalau dibuat cerita, tak cukup 400 muka surat tu Shim...Insya-Allah, ada cadangannya, tapi setiap kali jamah komputer, ada-ada aje yang menghalang...tugasan yang memberat....gitulah Shim...tapi insya-Allah... From: hashim latiff <hazafl17...@yahoo.com> To: Pesisir@yahoogroups.com Sent: Monday, 23 August 2010 19:08:00 Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA itulah kehidupan. saya tidak tahu nak cakap apa lagi. semuanya telah dicakapkan diterjemahkan dalam pelbagai gaya bahasa dan kepuitisan. apa pun bagi saya, saya rasa seronok menjadi anak-anak zaman dahulu. banyak kenangan. apa lagi saat menajalani ramadan. balaisha jal, tempat kami bersenggeng selepas berebuat nonel setelah berakhir sembahyang terawih. aduh! malam gatih basikal ke Chbg 4 semata-mata na cari colek malas (ada kenangan antara kami,asmui dan shafie). gelap kg talak tak halang hasrat kami. (seronok kalau bolehmkembalikan semula nostalgia itu paling-paling tidak melalui novel atau cerpen. saya cabar sdr asmui kembalikan kenangan itu dalam bentuk novel 400 ms atau lebih.) From: asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my> To: Pesisir@yahoogroups.com Sent: Mon, August 23, 2010 4:36:05 PM Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA Salam kawan-kawan, Pejam celik, pejam celik dah masuk 12 hari kita berpuasa. Terlalu pantas, terlalu cepat masa berlalu. Semak diri, satu juzuk Quran tak sempat nak dihabiskan...mengapa gini? Kita memang sibuk atau disibukkan masa atau kita saja-saja buat sibuk. Atau juga bukan sibuk apa-apa pun, tapi malas, dan buat-buat alasan sibuk...Itulah kita (saya)...sentiasa mencari dan membuat alasan!!!! Hiiiiii! From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com> To: Pesisir@yahoogroups.com Sent: Monday, 23 August 2010 10:18:58 Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA pesisir adalah persatuan kecil untuk penulis kecil, berjiwa kecil. tetapi dengan penuh harapan dan doa, kita juga boleh menjadi seperti mereka yang hebat. dalam pesisir semua orang menjadi penting. bagaimana mereka yang menubuhkan pesisir, mereka yang mengerakkan pesisir, mereka yang meneruskan hayat pesisir dan mereka yang bakal mengambil alih teraju pesisir --- On Fri, 8/20/10, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo.com> wrote: From: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo.com> Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA To: Pesisir@yahoogroups.com Date: Friday, August 20, 2010, 9:06 PM salam saya sentiasa ada di sini.. malangnya saya insan berjiwa kecil yg tidak mampu memberi makna kepada sesiapa.. lantas saya hanya membaca dan memahami.. kehadiran saya mungkin tidak bermakna sabagaimana kehadiran sahabat2 yg lain.. walaupun begitu... saya sentisa tertunggu email daripada semua ahli e group kita From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com> To: Pesisir@yahoogroups.com Sent: Fri, August 20, 2010 11:48:19 AM Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA benar kata asmui tu. kalau fikirkan tak cukup masa, memang kita tak pernah cukup masa. sekali sekala ceritaka perkembangan diri, cerita-cerita yang menarik, sesuatu yang boleh dikongsi, pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran. peristiwa yang boleh dijadikan iktibar. --- On Fri, 8/20/10, asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my> wrote: From: asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my> Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA To: Pesisir@yahoogroups.com Date: Friday, August 20, 2010, 8:04 AM Salam dan selamat pagi. Sahabat-sahabat yang budiman...kitalah yang akan menentukan sesuatu yang kita hendak capai pada masa akan datang. Kitalah! Kita selaku perancang jangan gusar dengan sesuatu yang bakal berlaku. Allah Maha Kaya...Maha Mengetahui...tujuan kikta murni untuk mendekatkan hati-hati dalam kalangan ahli PESISIR. Saya optimis dengan gagasan Ediramli yang mewujudkan laman ini sebagai suatu prakarsa menyatukan ahli. Jika tanpa laman ini, rasanya hubungan kita makin jauh. Jangan bimbang dengan FB, itu sebahagian lagi uslub mendekatkan ahli...mana-mana pun, semua kita guna pakai. Sama-samalah kita meriahkan silaturahim agar hubungan kita sentiasa terjalin. Sempena bulan mulia ini, ingin saya ucapkan Selamat Berpuasa...hari ni dah masuk hari ke-10 kita berada pada bulan penuh barakah ini...sudahkan kita qatam kuran?? Sama-samalah kita rebut fadilat yang dijanjikan oleh Allah SWT ini. Wallahuaklam... From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com> To: Pesisir@yahoogroups.com Sent: Sunday, 25 July 2010 15:18:40 Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA telah saya sebut dalam tulisan yang lepas. sama ada secara tersurat atau tersirat. laman group pesisir ini akan mulai kurang ahli. bukan kerana laman ini tidak dilawati, bukan tiada peminat. tetapi ada sesuatu yang tidak betul diantara kita. dalam ruangan sebegini, (ulang) kta tidak boleh mencipta hero atau penjahat. kita tidak boleh tubuh puak,. tidak boleh bina tembok berlin atau penjara pudu. setiap tulisan, pandangan, komen atau sebagainya kita mesti sambut dengan positif, kalau kita tidak setuju atau kita anggap bercanggah dengan ideologi fahaman kita, tulisan itu hendaklah kita sambut dengan berhemah, sopan serta berlapik dan tersirat. tulisan saya ini bukan bersifat peribadi, tetapi ramai juga teman lama pesisir yang bersembang dengan saya secara terus dan meluahkan pendapat yang sama. begitu juga bila ada majlis pesisir. tak ramai ahli lama yang yang ingin hadir. pengamalan lampau dan pengalaman yang dikongsi oleh bekas ahli yang pernah hadir tidak membahagiakan. kataseorang teman, kita bukan harapkan permaidani merah, atau usungan di raja. tetapi cukupkah hulur salam atau bertegur sapa. kita pula hidung tak mancung, pipi pula tersurung-surung. sekadar melukut di tepi gantang. pesisir yang ada sekarang adalah hasil titik peluh akal budi orang lama. jadi apa yang kita perlu buat ialah tepuk dada tanya selera. manzaidi, ediramli barangkali amat faham apa yang tersurat dan tersirat.. --- On Wed, 7/21/10, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> wrote: From: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA To: pesi...@yahoogroups .com Date: Wednesday, July 21, 2010, 11:26 AM From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com> To: pesi...@yahoogroups .com Sent: Tue, July 20, 2010 11:48:06 AM Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA Salam sahabat Lee. Inilah rungutan saya yang terdahulu. Nampaknya rakan2 kita sudah guna laman sosial baru FB. Saya boleh dikatakan amat jarang menggunakannya kerana kesibukan kerja sehingga tak sempat untuk menjengah setiap hari, melainkan waktu hampir2 nak habis bekerja di pejabat. itu pun sekadar membalas emel rakan dan memasukkan sikit posting untuk dikongsi. Namun, saya lebih berminat menghubungi rakan2 melalui emel ini, bukan FB. Harap, kpd rakan2 ku yang terbuka emel ini, apa salahnya untuk jawab walau sepatah dua, sekurang2nya rakan di perantauan rasa lega membaca emel rakan2 semua. Apapun selamat menyambut Ramadan. --- On Sat, 17/7/10, Lee Mat <cekwa_warak55@ yahoo.com> wrote: From: Lee Mat <cekwa_warak55@ yahoo.com> Subject: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA To: pesi...@yahoogroups .com Date: Saturday, 17 July, 2010, 10:48 PM DIMANA KAWAN, RAKAN, SAHABAT PESISIR MENYEMBUNYI DIRI ? ADAKAH BERTAPA BERSAMA PUTERI GUNUNG LEDANG,PUTERI SADONG DIBUKIT MARAK ATAU DENGAN SHEIK WALI ALLAH DI GUNUNG JERAI ! ATAU SEDANG MEMBUKA MINDA DIATAS BOT PANCING DILAUTAN LUAS ! ATAU MELANCONG KE ANTARTIKA ATAU KE CHINA? ATAU MUNGKIN TIDAK LAGI MERINDUI LAMAN INI KERANA ADA LAMAN BARU FACEBOOK? WALAU APA PUN KAWAN,RAKAN, SAHABAT WAJIB KITA BERPESAN-PESAN KEARAH KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN INGAT MENGINGATI ITU YANG UTAMA... LAMAN INI PERLU DIMANAFAATKAN.