apa khabar saudara shafie.  lama tidak bersesawang di sini.  begitulah.  bila 
kita telah dijaga oleh Kerajaan kita kena menjaga Kerajaan pula.   sesekali 
balik ke desa kelahiran, rasa semacam tidak indah lagi.  teman-teman tidak 
berada di kampung.  kalau pun ada, generasi kedua yang barangkalinya sudah 
tidak 
mengenali kita lagi.

benarlah kata abang-abang kita .  kadang-kadang brgaduh dngan anak beranak 
sendiri kerana tidak mengenali waris.  jal besar sebenarnya pulau waris kita.  
kita semua lahir di bawah satu rumpum.  cuba kita telusuri asal usul keuarga 
kita.

kalau tidak berwaris di sebelah arwah ayah, tentunya di sebelah ibu.  kalau 
tidak di sebleah ayah dan ibu, sudah tentu di sebelah mak dan cek.  pendek kata 
kita adalah berwaris.

sayang, kekakangan kerja menyebabkan kita seakan berjauhan (memang pun 
berjauhan).  aduh!  banggol pak embun dan kubang pin serta telaga besar.  
sebenarnya menyimpan seribu kenangan yang merimbun.  baruh bangol sayap dan 
hujung jal, sebenarnya menghampar seribu kenangan yang tidak akan dilupakan.  
sesekali mengenangkan sejarah dan biografi hidup, adalah sesuatau yang cukup 
menyedihkankan meskipun dicelah-celah kesedihan itu ada senyum yang tercungkil. 

ramadan dan aidilfitri, ada nestapa snediri yang tidak terucap dengan kata-kata 
kecuali airmata. 
      




________________________________
From: asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my>
To: Pesisir@yahoogroups.com
Sent: Tue, August 24, 2010 9:17:54 AM
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA

  
Salam Sahabatku Hashim,

Sememangnya mengenangi zaman remaja dulu sangat indah dan menarik... Kitalah 
antara watak yang mewarnai kemeriahan anak-anak remaja Kampung Jal...Ingat pada 
bulan puasa, ingat sangat gertak kayu kat rumah demo tu...lepas berbuka, penuh 
kunjung kat situ dengan kain palekat...best sangat...suka dengan ikan menyambar 
sesuatu dari air...ingat itu? 


Begitu juga kisah berbasikal ke Cbg 4 cari colek malas kedai Pak La...sampai 
bila-bila pun tak akan lupa. Lebih-lebih lagi bila sampai kat gertak Jambu Air 
tu...setiap kali balik ke kampung, tiba pada tempat itu...segera tersenyum 
mengenangkan kisah kita...

Wah!...kalau dibuat cerita, tak cukup 400 muka surat tu Shim...Insya-Allah, ada 
cadangannya, tapi setiap kali jamah komputer, ada-ada aje yang 
menghalang...tugasan yang memberat....gitulah Shim...tapi insya-Allah...




________________________________
From: hashim latiff <hazafl17...@yahoo.com>
To: Pesisir@yahoogroups.com
Sent: Monday, 23 August 2010 19:08:00
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA

  
itulah kehidupan.  saya tidak tahu nak cakap apa lagi.  semuanya telah 
dicakapkan diterjemahkan dalam pelbagai gaya bahasa dan kepuitisan.  apa pun 
bagi saya, saya rasa seronok menjadi anak-anak zaman dahulu.  banyak kenangan.  
apa lagi saat menajalani ramadan.  balaisha jal, tempat kami bersenggeng 
selepas 
berebuat nonel setelah berakhir sembahyang terawih.
 
aduh!  malam gatih basikal ke Chbg 4 semata-mata na cari colek malas (ada 
kenangan antara kami,asmui dan shafie).  gelap kg talak tak halang hasrat 
kami.  
(seronok kalau bolehmkembalikan semula nostalgia itu paling-paling tidak 
melalui 
novel atau cerpen.  saya cabar sdr asmui kembalikan kenangan itu dalam bentuk 
novel 400 ms atau lebih.)   




________________________________
From: asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my>
To: Pesisir@yahoogroups.com
Sent: Mon, August 23, 2010 4:36:05 PM
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA

  
Salam kawan-kawan,
Pejam celik, pejam celik dah masuk 12 hari kita berpuasa. Terlalu pantas, 
terlalu cepat masa berlalu. Semak diri, satu juzuk Quran tak sempat nak 
dihabiskan...mengapa gini? Kita memang sibuk atau disibukkan masa atau kita 
saja-saja buat sibuk. Atau juga bukan sibuk apa-apa pun, tapi malas, dan 
buat-buat alasan sibuk...Itulah kita (saya)...sentiasa mencari dan membuat 
alasan!!!! Hiiiiii!




________________________________
From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com>
To: Pesisir@yahoogroups.com
Sent: Monday, 23 August 2010 10:18:58
Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA

  
pesisir adalah persatuan kecil untuk penulis kecil, berjiwa kecil. tetapi 
dengan 
penuh harapan dan doa, kita juga boleh menjadi seperti mereka yang hebat. dalam 
pesisir semua orang menjadi penting. bagaimana mereka yang menubuhkan pesisir, 
mereka yang mengerakkan pesisir, mereka yang meneruskan hayat pesisir dan 
mereka 
yang bakal mengambil alih teraju pesisir


--- On Fri, 8/20/10, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo.com> wrote:


>From: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo.com>
>Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
>To: Pesisir@yahoogroups.com
>Date: Friday, August 20, 2010, 9:06 PM
>
>
>  
>salam
>saya sentiasa ada di sini..
>malangnya saya insan berjiwa kecil yg tidak mampu memberi makna kepada 
>sesiapa.. 
>lantas saya hanya membaca dan memahami..
>
>kehadiran saya mungkin tidak bermakna sabagaimana kehadiran sahabat2 yg lain..
>walaupun begitu... saya sentisa tertunggu email daripada semua ahli e group 
kita
>
>
>
>
________________________________
From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com>
>To: Pesisir@yahoogroups.com
>Sent: Fri, August 20, 2010 11:48:19 AM
>Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
>
>  
>benar kata asmui tu. kalau fikirkan tak cukup masa, memang kita tak pernah 
>cukup 
>masa. sekali sekala ceritaka perkembangan diri, cerita-cerita yang menarik, 
>sesuatu yang boleh dikongsi, pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran. 
>peristiwa yang boleh dijadikan iktibar.
>
>--- On Fri, 8/20/10, asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my> wrote:
>
>
>>From: asmui mustapa <asmui...@yahoo.com.my>
>>Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
>>To: Pesisir@yahoogroups.com
>>Date: Friday, August 20, 2010, 8:04 AM
>>
>>
>>  
>>Salam dan selamat pagi.
>>
>>Sahabat-sahabat yang budiman...kitalah yang akan menentukan sesuatu yang kita 
>>hendak capai pada masa akan datang. Kitalah! Kita selaku perancang jangan 
>>gusar 
>>dengan sesuatu yang bakal berlaku. Allah Maha Kaya...Maha Mengetahui...tujuan 
>>kikta murni untuk mendekatkan hati-hati dalam kalangan ahli PESISIR. Saya 
>>optimis dengan gagasan Ediramli yang mewujudkan laman ini sebagai suatu 
>>prakarsa 
>>menyatukan ahli. Jika tanpa laman ini, rasanya hubungan kita makin jauh. 
>>Jangan 
>>bimbang dengan FB, itu sebahagian lagi uslub mendekatkan ahli...mana-mana 
>>pun, 
>>semua kita guna pakai. Sama-samalah kita meriahkan silaturahim agar hubungan 
>>kita sentiasa terjalin. Sempena bulan mulia ini, ingin saya ucapkan Selamat 
>>Berpuasa...hari ni dah masuk hari ke-10 kita berada pada bulan penuh barakah 
>>ini...sudahkan kita qatam kuran?? Sama-samalah kita rebut fadilat yang 
>>dijanjikan oleh Allah SWT ini. Wallahuaklam... 
>>
>>
>>
________________________________
From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com>
>>To: Pesisir@yahoogroups.com
>>Sent: Sunday, 25 July 2010 15:18:40
>>Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
>>
>>  
>>telah saya sebut dalam tulisan yang lepas. sama ada secara tersurat atau 
>>tersirat. laman group pesisir ini akan mulai kurang ahli. bukan kerana laman 
>>ini 
>>tidak dilawati, bukan tiada peminat. tetapi ada sesuatu yang tidak betul 
>>diantara kita. dalam ruangan sebegini, (ulang) kta tidak boleh mencipta 
>>hero  atau penjahat. kita tidak boleh tubuh puak,. tidak boleh bina tembok 
>>berlin atau penjara pudu. setiap tulisan, pandangan, komen atau sebagainya 
>>kita 
>>mesti sambut dengan positif, kalau kita tidak setuju atau kita anggap 
>>bercanggah 
>>dengan ideologi fahaman kita, tulisan itu hendaklah kita sambut dengan 
>>berhemah, 
>>sopan serta berlapik dan tersirat.
>>tulisan saya ini bukan bersifat peribadi, tetapi ramai juga teman lama 
>>pesisir 
>>yang bersembang dengan saya secara terus dan meluahkan pendapat yang sama. 
>>
>>begitu juga bila ada majlis pesisir. tak ramai ahli lama yang yang ingin 
>>hadir. 
>>pengamalan lampau dan pengalaman yang dikongsi oleh bekas ahli yang pernah 
>>hadir 
>>tidak membahagiakan. 
>>
>>kataseorang teman, kita bukan harapkan permaidani merah, atau usungan di 
>>raja. 
>>tetapi cukupkah hulur salam atau bertegur sapa. kita pula hidung tak mancung, 
>>pipi pula tersurung-surung. sekadar melukut di tepi gantang. 
>>
>>pesisir yang ada sekarang adalah hasil titik peluh akal budi orang lama. jadi 
>>apa yang kita perlu buat ialah tepuk dada tanya selera.
>>manzaidi, ediramli  barangkali amat faham apa yang tersurat dan tersirat..
>>
>>--- On Wed, 7/21/10, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> wrote:
>>
>>
>>>From: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com>
>>>Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
>>>To: pesi...@yahoogroups .com
>>>Date: Wednesday, July 21, 2010, 11:26 AM
>>>
>>>
>>>  
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
________________________________
From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com>
>>>To: pesi...@yahoogroups .com
>>>Sent: Tue, July 20, 2010 11:48:06 AM
>>>Subject: Re: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
>>>
>>>  
>>>Salam sahabat Lee.
>>>
>>>Inilah rungutan saya yang terdahulu. Nampaknya rakan2 kita sudah guna laman 
>>>sosial baru FB. Saya boleh dikatakan amat jarang menggunakannya kerana 
>>>kesibukan 
>>>kerja sehingga tak sempat untuk menjengah setiap hari, melainkan waktu 
>>>hampir2 
>>>nak habis bekerja di pejabat. itu pun sekadar membalas emel rakan dan 
>>>memasukkan 
>>>sikit posting untuk dikongsi. Namun, saya lebih berminat menghubungi rakan2 
>>>melalui emel ini, bukan FB. Harap, kpd rakan2 ku yang terbuka emel ini, apa 
>>>salahnya untuk jawab walau sepatah dua, sekurang2nya rakan di perantauan 
>>>rasa 
>>>lega membaca emel rakan2 semua. Apapun selamat menyambut Ramadan.
>>>
>>>--- On Sat, 17/7/10, Lee Mat <cekwa_warak55@ yahoo.com> wrote:
>>>
>>>
>>>>From: Lee Mat <cekwa_warak55@ yahoo.com>
>>>>Subject: { PESISIR } TIADA LAGI KAWAN,RAKAN DAN SAHABAT UNTUK BERBICARA
>>>>To: pesi...@yahoogroups .com
>>>>Date: Saturday, 17 July, 2010, 10:48 PM
>>>>
>>>>
>>>>  
>>>>DIMANA KAWAN, RAKAN, SAHABAT PESISIR MENYEMBUNYI DIRI ?
>>>>ADAKAH BERTAPA BERSAMA PUTERI GUNUNG LEDANG,PUTERI SADONG DIBUKIT MARAK 
>>>>ATAU 

>>>>DENGAN SHEIK WALI ALLAH DI GUNUNG JERAI !
>>>>ATAU
>>>>SEDANG MEMBUKA MINDA DIATAS BOT PANCING DILAUTAN LUAS !
>>>>ATAU
>>>>MELANCONG KE ANTARTIKA ATAU KE CHINA?
>>>>ATAU
>>>>MUNGKIN TIDAK LAGI MERINDUI LAMAN INI KERANA ADA LAMAN BARU FACEBOOK?
>>>>WALAU APA PUN KAWAN,RAKAN, SAHABAT
>>>>WAJIB KITA BERPESAN-PESAN KEARAH KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN
>>>>INGAT MENGINGATI ITU YANG UTAMA... LAMAN INI PERLU DIMANAFAATKAN.
>>>> 
>>>
>>> 
>>
>> 
>
> 







      

Kirim email ke