Assalammu Alaikum warahmatul Llah hi wabarokatuh,
Watak terunggul dalam keperibadian Minang atau keMinangan yang saya pelajari
dalam sesingkat masa ini ialah ketidak-adaan nilai dan watak kebolehjajahan
/colonializability. Apa itu kebolehjajahan/colonializability ini? Saperti yang
kita semua sudah ketahui yaitu menurut pandangan Ibn Khaldun, dalam buku
teragungnya, Muqaddimah, bangsa yang dijajah cenderung untuk meniru bangsa yang
menjajah. Adakah kekuatan sipenjajah maka satu bangsa atau negara itu mudah di
jajah? Atau kerna kelemahan yang ada pada dan dalam bangsa atau negara yang
dijajah itu sesungguhnya membuat mereka mudah di kalahkan hingga terjajah?
Malek BenNabi, saorang pejuang, diplomat, filosof, dan pemikir/visionary
Algeria bersetuju dengan soalan kedua. Menjawabnya, beliau mencipta ungkapan
colonializability. Bagi beliau bangsa yang terjajah kerana bangsa itu
membenarkan jiwa mereka di jajah.
Jiwa kebolehjajahan ini banyak puncanya. Punca utama yang menyedia tapak
kebolehjajahan ini, saya kira, ialah apa yang di nukilkan oleh Malik bennabi-
civilizational bancruptcy. Bangkrup tamaddun ini telah amat kita terasai
sekali. Rasa rendah diri ini/inferiority complex adalah salah satunya. Adakah
kedua dua ungkapan ini telah menjelma dalam jiwa dan keMinangan orang Minang
sekarang ini? Yang jelas lagi, ketidak-adaan feudalisme Minang mengukuh lagi
penolakan faham kebolehjajahan ini.
Minang duhulu dan keMinangan yang tertulis dalam ABS-SBK tidak membenarkan
colonializability maupun civilizational banckruptcy. Dari kajian sejarah
Minangkabau, saya melihat watak Minang itu tidak mahu melakukan penjajahan dan
sekali gus menolak di jajah apatah lagi kebolehjajahan. Walaupun dijajah,
mereka terus melawan (lawan tetap lawan) dan pantang mundur dan kalau mundur
kerna tuntutan strategi dalam medan peperangan. Walaupun dijajah jiwa mereka
tetap menolak penjajahan Belanda bedebah. Semasa dijajah mereka memilih dari
yang terbaik dari sistem nilai Belanda dan disesuaikan agar mengukuh lagi
peradaban Minang itu sendiri. Cerdik pandai Minangkabau telah menjadi
powerhouse semasa gerakan merebut kemerdekaan Indonesia. Dasar powerhouse ini
kerna jiwa menolak faham kebolehjajahan ini.
Dalam era desentralisasi dan otonomi daerah Minangkabau pantas menggerak
langkah memperbaiki kerosakan kerosakan yang menimpa Ranah.
Memperkukuh-sempurnakan ABS-SBK sangat sangat di utamakan. Usaha
memperkukuh-sempurnakan ini memantapkan lagi penolakan Minang kontemporer akan
sikap kebolehjajahan ini.
Minang Rantau atau berdagangnya orang Minang itu bermottokan dimana bumi
dipijak, disitu langit di junjung. Satu peribahasa yang menjelaskan sikap
menolak menjajah dan dijajah. Satu konsep dan amalan mahukan kebebasan dan
merdeka.
WaalLlah hu 'Alam.
Afda Rizki <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Suai Da Arnold :)
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today!
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
Sukseskan Pulang Basamo se Dunia, bulan Juni 2008.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Website: http://www.rantaunet.org
===============================================================
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Harap memperhatikan urgensi posting email, yang besar dari >300KB.
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Email attachment, tidak dianjurkan! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim
melalui jalur pribadi.
===============================================================
Berhenti (unsubscribe), kirim email ke: [EMAIL PROTECTED]
Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di:
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id&cd=US&service=groups2.
==========================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---