Buya Hamka

Assalamualaikum

Begini benarlah kita orang minang. ketika heboh dan
berhamburan kata kata soal ABS SBK, kita lupa satu
nama yang teguh dalam memang syariah, ah mau
dikemanakan muka ini. Kita lupa dengan nama Buya Hamka
yang ini kalau hidup dan bersama kita sudah berusia
SERATUS TAHUN..

-------------------------------------------------------

HAMKA (1908-1981), ulam, aktivis politik dan penulis
Indonesia. Dia lahir pada 17 Februari 1908 di kampung
Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Nama
sebenarnya ialah Haji Abdul Malik bin Abdul Karim.
Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah atau
dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan
Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari
Makkah pada tahun 1906. 

HAMKA mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar
Meninjau hingga Darjah Dua. Ketika usia 

HAMKA 10 tahun, ayahnya mendirikan Sumatera Thawalib
di Padang Panjang. Di situ HAMKA mempelajari agama dan
bahasa Arab. HAMKA juga pernah mengikuti pengajaran
agama di surau dan masjid yang diberikan ulama
terkenal seperti Syekh Ibrahim Musa, Syekh Ahmad
Rasyid, Sutan Mansur, R. M Surjoparonto dan Ki Bagus
Hadikusumo. 

HAMKA lebih banyak belajar sendiri dan melakukan
penyelidikan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan
seperti falsafah, kesusasteraan, sejarah, sosiologi
dan politik sama ada Islam atau Barat. 

Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, dia dapat
menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur
Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas
al-'Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Husein Haikal.
Melalui bahasa Arab juga, dia meneliti karya sarjana
Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus,
William James, Freud, Toynbee, Jean Sartre, Karl Marx
dan Pierre Loti. 

HAMKA juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran
dengan tokoh terkenal Jakarta seperti HOS
Chokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fakrudin,
Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil dia
mengasah bakatnya hingga menjadi seorang pemidato yang
handal. 

Karjaya HAMKA bermula sebagai guru agama pada tahun
1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama
di Padang Panjang pada tahun 1929.

HAMKA kemudian dilantik sebagai pensyarah di
Universitas Islam, Jakarta dan Universitas
Muhammadiyah, Padan Panjang dari tahu 1957 hingga
tahun1958. Setelah itu, dia dilantik sebagai Rektor
Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor
Universitas Mustapo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga
tahun1960, dia dilantik sebagai Pegawai Tinggi Agam
oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakan jawatan
apabila Sukarno memberi kata dua sama ada menjadi
pegawai kerajaan atau bergiat dalam politik Majlis
Syura Muslim Indonesia (Masyumi). 

HAMKA juga aktif dalam gerakan Islam melalui
pertubuhan Muhammadiyah. Dia menyertai pertubuhan itu
mulai tahu 1925 bagi menentang khurafat, bidaah,
tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai
tahu 1928, dia mengetuai cawangan Muhammadiyah di
Padang Panjang. Pada tahun 1929, HAMKA mendirikan
pusat latihan pendakwah Muhammadiyah. Pada tahun 1931,
dia menjadi Konsul Muhammadiyah di Makasar. Kemudian
dia terpilih menjadi Ketua Majlis Pimpinan
Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi
Muhammadiyah menggantikan S. Y. Sutan Mangkuto pada
tahun 1946. 

Dia menyusun kembali pembangunan dalam Kongres
Muhammadiyah ke-31 di Jogjakarta pada tahun 1950. Pada
tahun 1953, HAMKA dipilih sebagai Penasihat Pimpinan
Pusat Muhammadiah. Pada 26 Julai 1957, Menteri Agama
Indonesia iaitu Mukti ali melantik HAMKA sebagai ketua
Umum Majlis Ulama Indonesia tetapi dia meletak jawatan
pada tahun 1981 kerana nasihatnya diketepikan oleh
pemerintah Indonesia. 

Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 apabila
dia menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada
tahun 1945, dia membantu menentang kemaraan kembali
penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan
menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan.
Pada tahun 1947, HAMKA dilantik sebagai Ketua Front
Pertahanan Nasional, Indonesia. Dia menjadi anggota
Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam
Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan
oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun
1964 hingga tahun1966, HAMKA dipenjarakan oleh
Presiden Sukarno kerana dituduh pro-Malaysia. Setelah
keluar dari penjara, HAMKA dilantik sebagai ahli Badan
Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota
Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga
Kebudayaan Nasional, Indonesia. 

Di samping aktif di Indonesia, HAMKA juga aktif pada
peringkat antarabangsa. Pada tahun 1950, dia
mengunjungi Arab Saudi, Mesir, Syria, Iraq dan Lebanon
untuk membincangkan hal-hal yang berhubung dengan
agama Islam. Pada tahun 1952, dia melawat Amerika
Syarikat selama empat bulan atas tajaan State
Department. Pada tahun1954, HAMKA mengunjungi Burma
sebagai wakil Departemen Indonesia sempena perayaan
2000 tahun Buddha. Pada taun 1958, dia menyertai
seminar Islam di Lahore dan pada tahun 1967 HAMKA
menjadi tetamu kerajaan Malaysia. 

Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, HAMKA
merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan
penerbit. Sejak tahun 1920-an lagi, HAMKA menjadi
wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas,
Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah.
Pada tahun 1928, dia menjadi editor majalah Kemajuan
Masyarakat. Pada tahun 1932, dia menjadi editor dan
enerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. HAMKA juga
pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat,
Panji Masyarakat dan Gema Islam. 

HAMKA juga menghasilkan  karya ilmiah Islam dan karya
kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah
terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara
novelnya termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,
Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. 

HAMKA pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat
nasional dan antarabangsa seperti Doktor Honoris
Causa, Universiti al-Azhar, 1958; Doktor honoris
Causa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974 dan
gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno daripada
kerajaan Indonesia. HAMKA meninggal dunia pada 24
Julai 1981



      
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
Website: http://www.rantaunet.org 
=============================================================== 
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Wajib mematuhi Peraturan Palanta RantauNet, mohon dibaca dan dipahami! Lihat 
di http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet.
- Tuliskan Nama, Umur dan Lokasi anda pada setiap posting.
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. 
- Email attachment, DILARANG!!! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
- Anggota yg posting email besar dari >200KB akan dibanned, sampai yg 
bersangkutan minta maaf & menyampaikan komitmen akan mengikuti peratiran yang 
berlaku.
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: 
[EMAIL PROTECTED] 

Webmail Mailing List dan Konfigurasi teima email, lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe 
Dengan terlebih dahul
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke