Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Dalam wawancara dgn ketua Life Line for Gaza/LL4G-Noorazman Muhammad
Shamsuddin, beliau memberitahu telah wujud senarai hitam membunuh sejumlah
penumpang/aktivis di Mavi Masmara. Kalau ini terbukti, sudah jelas akan
memprkukuhakn kasus hukum Turki mendakwa sama ada negara Israeli atau
komando yang terlibat. Sila baca selanjutnya

'Tentera Israel memang berniat membunuh'

Today at 6:54am

Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata
penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat
bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas
Mavi Marmara.

Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi
Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera
Israel Isnin lepas.

Katanya, beliau dan tiga rakan aktivis - Abdul Halim Mohd Redzuan,
Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias - turut ditembak dengan peluru
getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha.

"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan
peluru getah hanya sebagai alasan sahaja," katanya dalam sidang akhbar di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal
pagi ini.

"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal.

"Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan
pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang yang mereka mahu
bunuh.

"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa. ..
tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami
tidak ditembak. Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang
ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya.

Beliau berkata ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah
menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa
menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru.

"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk
keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan
mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan.

"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan
maklumat kepada seluruh dunia."

Malah katanya seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah
ditembak peluru hidup di dada kanannya.

Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan
maklumat-maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas.

Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi
menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Kita harapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk
membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."

Sementara itu, Noorazman berkata mereka juga tidak menyangka dapat keluar
dari Israel seawal ini.

"Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin
setahun dua tahun lagi.

"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak
dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara
lain masuk ke dalam penjara.

"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan
diplomatik (dengan Israel)," kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G)
Noorazman Mohd Samsuddin.

Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang selama pulang itu memanjatkan syukur
kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan
Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.

"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma
Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal.

"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa,
bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya
wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.

- Bernama



http://www.facebook .com/#!/notes/ belia-benci- rasuah/tentera-
israel-memang- berniat-membunuh
/404629132247<http://www.facebook.com/#%21/notes/belia-benci-rasuah/tentera-israel-memang-berniat-membunuh/404629132247>


2010/6/3 andi ko <[email protected]>

> siaran Metro TV pagi iko seolah menghidangkan sebuah pelajaran, atas
> nama kemanusiaan, semua sekat yg terbangun atas nama keyakinan, tdk
> menghentikan orang mendukung Palestina, tdk peduli apapun
> keyakinannya.
>
> Salam
>
> Andiko
>
> --
> .
> Posting yang berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan di
> tempat lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet
> http://groups.google.com/group/RantauNet/~<http://groups.google.com/group/RantauNet/%7E>
> ===========================================================
> UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
> - DILARANG:
>  1. E-mail besar dari 200KB;
>  2. E-mail attachment, tawarkan di sini dan kirim melalui jalur pribadi;
>  3. One Liner.
> - Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di:
> http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
> - Tulis Nama, Umur dan Lokasi pada setiap posting
> - Hapus footer dan seluruh bagian tidak perlu dalam melakukan reply
> - Untuk topik/subjek baru buat e-mail baru, tidak me-reply e-mail lama dan
> mengganti subjeknya.
> ===========================================================
> Berhenti, bergabung kembali serta ingin mengubah konfigurasi/setting-an
> keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe.
>

-- 
.
Posting yang berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan di tempat 
lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet 
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
  1. E-mail besar dari 200KB;
  2. E-mail attachment, tawarkan di sini dan kirim melalui jalur pribadi; 
  3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur dan Lokasi pada setiap posting
- Hapus footer dan seluruh bagian tidak perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat e-mail baru, tidak me-reply e-mail lama dan 
mengganti subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali serta ingin mengubah konfigurasi/setting-an 
keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe.

Kirim email ke