Tiba-tiba
saya ingin menulis lagi.Namun kali ini saya memikirkan tentang
egroups terutama sasteraegroup yang selama ii saya sertai.
   Sebelumnya
bila saya menulis apa jenis kritikan pun kota atai almari usang
menjadi destinasi terakhir.Perkara ini berlaku ini berlaku sekian
lamanya dalam dunia saya yang kecil dan terpencil ini.Menulis bukan
sekadar mengasah diri tetapi di situ ada kepuasan rohani.Sekaligus
hiburan jiwa.
   Apa
yang pasti, saya harus menulis untuk memenuhi tuntutan akal dan
keinginan saya.Tuntutan jiwa protes saya yang tidak behenti terutama
bila ianya menyentuh persoalan agama dan bahasa.Cara ini juga
memudahkan saya melepaskan tekanan fikir didi sendiri.Setuasi ini
akan di hadapi terutama dalam dunia saya yang kecil dan tidak ada
ruang untuk menyuarakan pandangan.Atau menghujahkan pandangan dalam
suatu perkara.
   Kemudian
hari setelah beberapa tahu,saya menyedari akan tanggungjawap akidah
di dalam desakan fikir itu dan jiwa kritis.Menyedari bahawa dalam
dunia yang manusianya mula di burakan oleh sains.Sehinga dalam banyak
hal sains lebih hebat dari agama itu sendiri.Saya harus meluahkan
kritikan saya itu dalam wajah hujah mahupun genre saatera yang saya
akrab.sekaligus menunaikan tanggungjawap saya sebagai hamba Allah
swt.Dengan harapan penuh kelak di hari perhitungan,saya tidak di
tuntun oleh pemahaman,pengetahuan dan ilmu yang saya ada walaupun
cuma sedikit ini.
   Sekaligus
aku cuba belajar mengatur bahan dan pemikiran dalam setiap tulisan
saya.Ini sering saya nyatakan kepada adik saya tentang kejahilan saya
mengatur idea dalam setiap penulisan saya.Rasanya sehingga ke hari
ini saya masih menghadapi masalah yang sama.Kebetulan adik bungsu
saya menuntup di pusat pengajian tinggi tika itu.
   Ada
ketikanya saya mengharapkan pandangan,binbingan dan teguran dalam
setiap pendapat saya.Namun dalam setuasi saya ianya mustahil untuk
menembusi media cetak.Waktu itu dunia web belum langsung saya
kenali.namun saya tetap saja menulis seperti biasa.Sehingga sukar
untuk mengenaali apa genre tulisan yang saya hasilkan melainkan
kertas tersebut menjadi tempat lipas membiak dalam kota yang saya
sediakan khusus mengikut jenis tulisan.



     Bila
kemudiannya saya mengenali dunia web dan egroups,saya langsung
tertarik dan mula menyertainya.Saya lebih berminat membaca
tulisan-tulisan,karya sastera dalam email saya.Banyak sekali penulis
nasional dapat saya tatap karyanya dan dapat pula membaca  pemikiran
mereka melalui tulisan.Sesekali saya urut serta bersama kedaifan ilmu
yang ada.
    Pengalaman
di groups ini seakan pengalaman seekor merpati yang di lepaskan dari
sangkar.Saya dapat menulis sajak .Kebetulan bayaran untuk melayari
internet cukup mahal maka masa untuk mencari bahan menambah
pengetahuan dan berkarya agak terhad.Di egroups sajak lebih pratikal
berbanding genre lain dengan kos Cuma untuk setengah jam melayari
internet.
   Bila
hujung bulan dapat gaji dapatlah saya kongsikan pandangan saya dengan
ahli egroups.Sehingga ada ketika berlaku perbincngan hangat dan di
sudahi dimana saya harus memohon maaf kepada penulis wanita nasional
yang agak di kenali waktu itu.Tapi semua itu memberi pengetahuan
kepada saya untuk berhati-hati.Kerana ada ketikanya pandangan kita
tepat dan rasional namun cara kita mewakilkannya dengan bahasa tidak
baik,menyebabkan nilainya hilang.Bagi sesetengah orang ia melihat
nilai tetapi sesetengahnya akan melihat bahasa sebagai medium
penyampai itu terlebih dahulu.
    Egroups
menjadi pilihan saya kerana ianya satu-satunya ruang untuk saya
berada di tengah-tengah masyarakat.Sekalipun ianya berbayar tidak
menjadi persoalan langsung.Kerana selama ini bila saya berkarya tidak
terlintas pula persoalan nilai materi dalam karya saya.
       Dalam
banyak pengalaman menulis dan belajar berkarya di radio nasional
mahupun bebas negara jiran saat karya tersiar itulah nilai sebenar
karya saya.Bila pengacara memberi koment dan tip itu adalah kepuasan
belajar.Yang daif di katakan daif ,yang baik di katakan baik.Tidak
ada yang lebih penting dalam sastera melainkan kecintaan dan
kejujuran dalam berkarya melukis kreaktor masyarakat dalam bahasa
ibunda.Soal materi rasanya ianya biarlah menjadi imbalan sampingan
dari rasa kecintaan dan kejujuran itu.
      Saya
cukup menyedari dalam masyarakat ini khalayak sastera telalu
elegen.Karya-karya sastera hanya dapat di nikmati di di kalangan
jemputan di tempat tertutup dan tersen  diri.Sasteranya tidak di bawa
ke meja masyarakat sebagai hidangan jiwa masyarakat yang cenderung
menafsirkan hiburan hindonisme sebagai hiburan tunggal.Sekaligus
dapat bimbingan dan peringatan akhlak yang baik jika pengkarya
meletakkan akidah sebagai asas dalam pengkarayaan masing-masing.(Saya
ada cadangan ringan untuk memasyarakat sastera di Sabah sekaligus
luahan rasa saya dengan setuasi ini sejak sekian lama.Akan saya
kongsikan)
   Saya
mengenali egroups di awal mulanya kritikal akhlak,nilai dan akidah di
kalangan manusia esklusif pemimpin negara yang tidak dapat di
sembunyikan lagi.Setelah puluhan tahun di guna-pakai tanpa dapat di
tafsir sebagai keperibadian bobrok oleh masyarakat kerana kekangan
media yang langsung kehilangan etikanya.Atau lebih jelas di awal
reformasi bergema di negara ini.
   Tika
itu saya terjun ke dalam egroups sebagai persedian saya mendengar
perbezaan pendapat yang wujud dalam egroups.Membaca pendapat yang
agak variasi di luar dunia terpencil dan kecil selama ini.Saya
terbabit dalam beberapa perbincangan hangat sehingga saya mendapat
bimbingan dan teguran yang berguna.
       Dari
menulis pandangan atau mengulas saya beralih kepada mengulas
sesetengah pandangan dengan mengunakan sajak .Dan salah satu sajak
yang saya ulas dalam bentuk sajak adalah sajak saudara Ismaily Bungsu
sendiri yang judulnya saya tidak begitu ingat(saya ada masalah
ingatan selepas berhenti merokok).Saya turunkan sajak tersebut di
sini.



                 DEMONTRASI
KERJA SYAITAN ???
                        (Buat
saudara Ismaily Bungsu)



Demontrasi
kerja syaitan ???
Belasah
sampai mata lebam,kerja malikat agaknya ?
Rasuah
pula kerja ulama ?
Jadi
dunia sudah ada hadis baru ?



Menghina
Rasulullah saw kerja siapa agaknya?
Merendah-rendahkan
hukum kerja siapa pula ?
Seingat
sya kerana demontrasilah Malayan Union boleh belaa…
Tapi
tinggal lagi sekularsme
Dan
penjajahan tatacara colonial yang dirajakan
Memesongkan
akidah umat






Utuh
Karya Jaya
11.3.2001
Center
Point,K.K



   Inilah
sajak yang ada dalam simpanan saya dan beginilah ianya di
persembahkan.
   Saya
terus sajak menikmati karya-karya sastera yang ada.Termasuk wawancara
,artikel dan ulasan di media masa.Sama ada media cetak yang dapat
saya miliki sendiri mahupun kutip di mana-mana atau tumpang baca
dengan sesiapa saja yang mungkin.waktu itu reformasi hangat di
perkatakan dan saya turut terujah ingin keluar di tengah khalayak
untuk menyuarakan pandangan.
   Mungkin
saya adalah salah satu manusia tika itu langsung menilai pertududuhan
ke atas saudara Anwar Ibrahim tidak masuk saringan akal sihat
saya.Saya amat percaya firasat saya membawa saya mencari kebenaran
terhadap semua cerita yang tidak masuk akal itu.
      Saudara
Anwar Ibrahim tika itu dalam diri saya adalah pemimpin masyarakat
bukan YB seperti kebanyakan pemimpin dan masa yang kita lalui.seorang
pemimpin umat islam yang berkreaktor Islam yang kita ada sejak sekian
lama kemerdekaan Malaysia.Maksud saya tafsiran islam yang saya dapat
sejak dari bangku sekolah dan dari persekitaran kita.Tidak ada siapa
yang dapat menafikannya beliau yang mempersembahkan islam itu ke
dalam masyarakat.Di mana waktu itu agak sukar dan hamper mustahil
mengenali islam melalui PAS.
   PAS
Berjaya digembur-gemburkan sebagi pelampau agama oleh media utama
negara.Ini berlaku sejak saya di sekoah rendah lagi sekitar akhir
tahun 70an.Contohnya ahli PAS solat dua imam,mengkapirkan dan
sebagainya.Tapi melalui saudara Anwar Ibrahim ruang mengenali islam
tumbuh begitu mendesak.kemunculan internet dan memaksakan diri saya
mempelajarinya memperikan ruang dan dimensi baru dalam pengkaryaan
saya.
   Saya
ingin mengakui di sini dengan kreaktor saudara Anwar Ibrahim yang
membawa saya melihat islam lebih jauh.Melihat islam itu cantik dan
rugi seandainya tidak di kenali dan di dakap sepenuh hati.Tanpa
beliau saya rasanya masih mengenali islam mengikut tafsiran
UMNO.Melihat islam cetek,jumud.extrem dan hanyak menilai keindahan
islam melalui materi dan perayaan yang gilang gemilang.Tidakkah islam
itu yang sedang di persembahkan kedalam masyarakat dewasa ini.Islam
yang benar dengan system pendidikan negara dewasa ini tidak akan
membawa kita memahami islam secara syumul sekalipun kita menuntut ke
tahaf tertinggi pendidikan dalam negara kita.Melainkan ada usaha
untuk menongkah arus dalam menuntut ilmu-ilmu islam.Dan akhirnya
islam itu membawa saya mengenali PAS melaui media alternative yang
sedang berkembang dengan pesat dewasa ini.  




Bahagian pertama yang dapat saya emailkan
Utuh Karya Jaya23.10.2009Kota Kinabalu.

                                          
_________________________________________________________________
Windows 7: Find the right PC for you. Learn more.
http://windows.microsoft.com/shop

Kirim email ke